Laman Utama

Isteri Hidap Dementia Tak Sedar Suami Rentung Di Halaman Rumah

gempak
Gempak
10/09/2024
02:55 MYT
Sponsor Banner
Isteri Hidap Dementia Tak Sedar Suami Rentung Di Halaman Rumah
Mayat lelaki rentung dipercayai disambar api dari mesin rumput yang terbakar di Jejawi, Kangar, Perlis, pada Ahad, dikenal pasti sebagai seorang pesara Telekom Malaysia (TM).
Mayat mangsa, Tunku Mahadzir Tunku Ahmad, 75, ditemui orang awam dalam keadaan terbaring di halaman sebuah rumah bersebelahan bangunan Majlis Perbandaran Kangar.
Balu mangsa, Sharifah Puziah Syed Ali, 77, berkata, dia terkejut apabila dimaklumkan polis suaminya sudah meninggal dunia dalam kejadian itu. BERITA BERKAITAN : Kongsi Video Kereta Baru Sempena Hari Jadi, Ada Pula Netizen Tuduh As'ad Motawh Menunjuk - "Perlu Ke Photoshoot"

BERITA BERKAITAN : “Saya Tak Dapat Bayangkan Macam Mana Kalau Anak Sendiri Yang…” | Keluang Man Of The Month

BERITA BERKAITAN : Kongsi Video Kereta Baru Sempena Hari Jadi, Ada Pula Netizen Tuduh As'ad Motawh Menunjuk - "Perlu Ke Photoshoot"

BERITA BERKAITAN : Adib Reveal Kekasih Hati, Amin & Abid Kembar Paling Bijak Abad Ini! | Motif Trending

Menurutnya, arwah suaminya rajin membersihkan laman rumah dan dipercayai pada hari kejadian mangsa sedang membersihkan semak samun.

"Semasa kejadian saya sedang berehat di dalam rumah namun tidak mendengar suara suami meminta pertolongan," ujarnya.

Disebabkan itu, menurutnya, dia tidak mengesyaki ketiadaan suaminya kerana menyangka arwah sebelum itu berada di dalam rumah.

"Walaupun sedih, namun saya reda dengan pemergiannya," katanya sayu.

Adik ipar Sharifah Puziah, Rosida Aziz, 60, pula berkata, kakak iparnya mempunyai ingatan yang agak terhad kerana mengalami dementia.
Menurutnya, kakak ipar memaklumkan ada membuka pintu dan menyedari kepulan asap di luar rumahnya.
Bagaimanapun, kak Sharifah sangka kepulan asap itu adalah dari sisa rumput yang dikumpulkan dan dibakar oleh suaminya.
SUMBER:Sinar Harian
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024