Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

Malaysia Sedia Keluarkan Pasport Tempoh Sah Laku 10 Tahun

Gempak 13/07/2024 | 12:55 MYT

Malaysia kini bersedia mengeluarkan pasport untuk tempoh sah laku 10 tahun, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Bagaimanapun menurut Saifuddin, tarikh pelaksanaannya akan diumumkan apabila ia akan dilaksanakan nanti.
Menurutnya, buat masa sekarang negara ini hanya mengeluarkan pasport bagi tempoh selama lima tahun.

10 tahun

"Beberapa bulan lepas saya telah membuat satu pengumuman bahawa Jabatan Imigresen sedang menjalankan kajian libat urus untuk sama ada sesuai untuk Malaysia juga mengeluarkan pasport untuk tempoh sah laku 10 tahun seperti mana amalan negara-negara lain di dunia.

"10 tahun ni bukanlah satu perkara baharu, negara jiran kita seperti Thailand, Indonesia, Filipina, Singapura sudah keluarkan pasport 10 tahun.

ARTIKEL BERKAITAN: Pasport Singapura Paling Berkuasa Di Dunia, Boleh Melawat Ke 195 Negara Tanpa Visa

​ARTIKEL BERKAITAN: Ini 6 Pasport Paling Berkuasa Di Dunia, Malaysia Di Tangga Ke Berapa?

​ARTIKEL BERKAITAN: Sekat Rakyat Dari Melawat Malaysia, Pasport Negara Indonesia Dari Tahun 1964 Tular

​ARTIKEL BERKAITAN: Letak Pasport Dalam Bagasi, Risteena Cemas Beg Tak Muncul-Muncul Setibanya Di Lapangan Terbang

​ARTIKEL BERKAITAN: “Kami Belajar Di Singapura Sejak Kecil” - Wanita Ini Rasa 'Dihina' Kerana Diminta Cakap Melayu Ketika Renew Passport

"Amerika Syarikat, United Kingdom, Itali dan Perancis juga mengeluarkan pasport sah laku 10 tahun. Jadi kita sudah bersedia tetapi tarikh pelasanaan itu kita akan umumkan," katanya selepas merasmikan Pejabat Pasport Jabatan Imigresen Sabah di Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) pada Jumaat.

Beliau dalam pada itu turut berkongsi rasa bangganya apabila reputasi atau kredibiliti bahawa pemegang pasport Malaysia mendapat perjalanan tanpa visa di 183 negara seluruh dunia.
"Ukuran reputasi atau kredibiliti sebuah pasport itu diukur. Berapa banyak negara boleh bagi pengecualan visa.

"Pasport kita, siapa yang pegang dan gunakan sebagai dokumen perjalanan, dia boleh dapat pengecualan visa di hampir 183 negara dan ini meletakkan kita pada ranking yang ke-12 seluruh dunia.

"Ini berpandukan kepada kita panggil Index Passport Handling 2024 yang dikeluarkan ataupun berpandukan pada data Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA) dan kalau kita nak banding di peringkat Asia, kita berada pada kedudukan nombor lima," jelasnya.

Sumber: Sinar Harian

#10 Tahun #Pasport
;