Malia Baby Syukur Kempen #JomPakaiTudung Terima Sambutan Baik - “Saya Rasa Sedih Bila…”
Pelakon dan pempengaruh, Malia Baby tidak mampu menahan sebak apabila kempen ‘Jom Pakai Tudung’ yang dijalankan mendapat sambutan hangat dalam kalangan pengikutnya.
Syukur ramai peserta
Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikToknya, Malia sempat meluahkan ucapan penghargaan kepada peserta yang mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut.
“Saya rasa sedih dan emosi bila edit video ni, macam buat this campaign for a month pula kan tapi terima kasih kepada semua yang mengambil bahagian dalam pertandingan #jompakaitudung dan korang semua nampak cantik!
“Saya sangat gembira lihat korang semua, semoga jalan kita dipermudahkan, semoga hati kita sentiasa kuat, diberikan jalan keluar, sentiasa cintakan agama kita lebih dari apa pun.
“Semoga Allah bersama kita sepanjang perjalanan untuk memperbaiki diri, jadi awak tahu yang awak tidak berjuang sendirian dan Allah Maha Menghargai tau,” ujarnya.
undefinedDalam pada itu, Malia turut menitipkan nasihat kepada wanita di luar sana untuk menjaga percakapan masing-masing daripada berbicara mengenai kehidupan orang lain.
“Semoga kita bukan sahaja tutup aurat tapi lepas ni kita boleh tutup mulut juga dari cakap pasal orang lain. Semoga mulut kita lebih ringan untuk mendoakan orang dan hati lebih mudah untuk memahami,” katanya lagi.
BERITA TRENDING: Lan Pet Pet Bakal Pindah Ke Kota Mekah, Simpan
Sementara itu, untuk pengetahuan anda Malia turut membintangi drama Projek; Exit arahan Zulaikha sebagai Cik Izzah.
Projek; Exit mengetengahkan isu remaja dalam mengharungi masalah kesihatan mental.
Projek; Exit telah ditayangkan secara eksklusif di Astro mulai 1 November 2024.
Selain Malia, drama ini turut dibintangi oleh pelakon hebat seperti Mierul Aiman, Nabila Huda, Naim Daniel, Shasha Abedul dan ramai lagi.
Sinopsis Projek; Exit
Setelah gagal dalam percubaan untuk membunuh diri, seorang remaja perempuan dengan masalah depresi dihantar ke asrama juvana/ pusat pemulihan akhlak. Dia bertemu seorang remaja lelaki di mana mereka berdua berkomplot untuk lari dari pusat itu.