Hiburan

Jalani Hidup Bersama Anak-Anak Lepas Sah Cerai, Idzham Ismail Fokus Urusan Di Rumah - “Anak Pun Dah Faham, Kita Jalan Depan Yuk Kids”

gempak
Khairil Khusyairi
07/11/2024
06:50 MYT
Sponsor Banner
Jalani Hidup Bersama Anak-Anak Lepas Sah Cerai, Idzham Ismail Fokus Urusan Di Rumah - “Anak Pun Dah Faham, Kita Jalan Depan Yuk Kids”
Umum mengetahui pelakon Idzham Ismail sah bercerai dengan bekas isteri, Siti Nur Abilah, selepas Mahkamah Syariah Klang mengesahkan lafaz cerai pada Isnin lalu.

Fokus Bersama Anak-Anak

Idzham ketika dihubungi Gempak sebelum ini memaklumkan punca perceraian adalah disebabkan tiada lagi persefahaman antara kedua-dua belah pihak.
Terbaharu, Idzham atau nama sebenarnya Muhammed Idzham Ismail, 36, sekali lagi mencuri tumpuan apabila berkongsi momen dia bersama anak-anak di Instagram.

Anak-Anak Faham Situasi

Menerusi perkongsian tersebut, Idzham memaklumkan urusan keluarganya dipermudahkan dan anak-anak memahami situasi terkini yang dihadapi mereka.
“Bismillahirrahmanirrahim . Alhamdulillah selesai semua urusan dirumah. Off dari media sosial untuk fokus dirumah sekejap.

“Allah bantu, ringan badan ni sekarang. Anak pun dah faham. Kita jalan depan yuk kids,” tullisnya ringkas.

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata pengikut memberikan pelbagai reaksi terhadap perkongsian tersebut.

Netizen Doa & Puji

Rata-ratanya memuji tindakan bapa kepada dua cahaya mata itu untuk terus menjaga anak-anak selepas berdepan episod perceraian.

“Jarang nampak ayah yang ambil jaga anak kalau divorced, awak hebat,” puji netizen.

“Teruskan content dengan anak-anak, suka tengok,” komen netizen lagi.

“Semoga Allah mudahkan urusan awak dan murahkan lagi rezeki awak dan anak-anak, aaminnn,” tulis netizen lain.

Hak Jagaan Anak Secara Bersama

Dalam pada itu, Idzham juga memaklumkan hak jagaan anak-anak ketika ini adalah secara bersama dengan bekas isteri.

“Bersama (hak jagaan). Bila-bila masa Bella (bekas isteri) boleh datang ke rumah kami,” jawab Idzham kepada soalan netizen.

Idzham dan bekas isteri, Siti Nur Abilah mendirikan rumah tangga pada Ogos 2016.
Hasil perkongsian hidup itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata, Nur Sofea Inara, 7, dan Muhammad Idrus, 4.

ARTIKEL BERKAITAN: Ini Sebab Idzham Ismail Nekad Takkan Kembali Bersama Bekas Isteri - "Kalau Saya Bersama Dengan Dia Balik, Adakah Dia Akan ..."

ARTIKEL BERKAITAN: Cerai Bukan Sebab Orang Ketiga, Idzham Ismail Pernah Letak Tiga Syarat Sebelum Bekas Isteri Kembali Bekerja Sebagai Pramugari - "Kami Cuba ..."

ARTIKEL BERKAITAN: Idzham Ismail Sudah Sah Bercerai & Tidak Akan Dirujuk Kembali - “Jawab Dengan Allah…”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live