Laman Utama
"Malunya Ya Allah, Syaikhul & Sumayyah Dapat Ayah Macam Ni" - Puteri Sarah
Sejurus selepas Syamsul Yusof berkongsi foto-foto bersama kedua-dua isterinya di Instagram, Puteri Sarah tampil memuatnaik status di Instagram Stories pula.
Dalam hantaran terbabit, Puteri Sarah seakan-akan menempelak tindakan Syamsul dan memohon agar menjaga sensitiviti terhadap anak-anak dan keluarga.
"Orang jahil akan serlahkan kejahilannya. Walaupun dia disangka berilmu. I try not to react because damaged has been done but I feed so oblige to say that I am very dissapointed and ashamed on behalf of my kids and family.
"Syaikhul and Sumayyah sedang membesar and I can't deny them from phones. Don't ever hurt my kids and their feelings. Think before you post anything.
"Jaga sensitivity terhadap anak-anak dan family you.
"Malunya Ya Allah, Syaikhul dan Sumayyah dapat ayah macam ni," tulisnya.
Jumaat lalu, Syamsul Yusof mengejutkan ramai pihak apabila mendedahkan dirinya telah berkahwin dengan Ira Kazar berwalikan Kazar Saisi sendiri.
Pergolakan rumah tangga Syamsul dan isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana terus menjadi topik bicara sepanjang minggu lalu hingga sekarang.