Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Berita

“Mana Mahu, Pakai Krim Terus Besar,” – Noorkhiriah Tak Terima ‘Paid Review’ Menjatuhkan Maruah Wanita

Syafiqah Jalal 09/10/2020 | 07:32 MYT
Pelakon Noorkhiriah memberi amaran kepada peniaga atau pengasas produk yang mahu menggunakan khidmatnya untuk ‘paid review’ supaya tidak memberikan foto seksi yang menjatuhkan maruah wanita.
Menurut Noorkhiriah dia akan menolak jika produk yang menggunakan aset wanita untuk melariskan produk.
“Ulang khabar, nak buat review dengan Akak (Noorkhiriah) mohon sangat bagi gambar molek ya waima kartun. Kartun pun kalau silap bentuk nampak seksinya. Maaf sangat.
“Lagi satu kalau boleh founder nak lariskan produk jangan sampai menjatuhkan maruah wanita. Contoh banyak dah sekarang, seperti tegang dan besar segala (bentuk badan). Mana mahu pakai krim terus besar akalu acuannya memang kecil,” katanya.
Noorkhiriah berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Tambah pelakon drama Nur itu lagu, sesuatu produk itu akan laris jika ia berkualiti dan berkesan.
“Kalau produk bagus, pakai kelambu pun orang beli. Hati-hati dengan tipu daya dunia,” katanya lagi.
Pun begitu, Noorkhiriah menutup komen untuk kemas kini tersebut.
Terdahulu, Noorkhiriah menerima khidmat ‘paid review’ produk yang kebanyakannya makanan.

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on

#pelakon #Produk #Pelakon #noorkhiriah #Paid Review
;