Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Mana Yang Pondan Tak Payah Beli Kebaya, Mana Yang Pengkid Tak Payah Pakai Bengkung" - Noorkhiriah

Amri Hassan 23/04/2020 | 13:50 MYT
Pelakon Noorkhiriah mengajak orang ramai agar sentiasa beringat dan berpegang pada akidah.
Malah, nasihat Noorkhiriah menjelang kedatangan bulan Ramadan agar tidak terus leka dan kembalilah ke fitrah.
"Akak nak ajak semua jom kita perbaiki diri, puasa dah dekat. Akak tak baik, dosa seluas mata memandang.
"Korang ingat akak tak penat duk entah apa-apa dalam IG ni. Potpetpotpet tak berhenti.
"Mana yang pondan baliklah tukar pakai baju korang balik, tak payahlah habis duit bei kebaya tudung bagai.
"Mana yang pengkid tukarlah pakai baju perempuan tak payah gigih pakai bengkung," pesan Noorkhiriah menerusi posting di Instagram baru-baru ini.
Mohon agar tidak dijadikan kecaman, jelas Noorkhiriah itu pesanan yang disampaikan atas dasar peringatan sesama manusia.
Malah, andai ikutkan hatinya, Noorkhiriah juga masih mahu kehidupannya seperti dahulu.
"Jangan marah akak dik, semua ni akan ditanya. Ular tunggu je nak ngap akak dalam kubur nanti.
"Kalau ikut hati akak nak je melawa kepok-kepok macam dulu tapi bak kata kawan akak, masa kita dah tak banyak Nor," tambahnya.
Posting terbabit bagaimanapun telah dipadamkan Noorkhiriah.
#pelakon #Ramadan #Pelakon #noorkhiriah
;