Berita

Mara Gesa Che Ta, Anak Hadir Ke Pejabat

Gempak
16/12/2024
02:25 MYT
Sponsor Banner
Mara Gesa Che Ta, Anak Hadir Ke Pejabat
Majlis Amanah Rakyat (Mara) menggesa pelakon Rozita Che Wan dan anak sulungnya, Ammar Effendy agar hadir di pejabat majlis itu untuk membincangkan mengenai pembayaran hutang hampir RM1 juta.
Pengerusinya Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata beliau mengulangi gesaannya kepada artis yang lebih dikenali sebagai Che Ta, 51, itu untuk berbincang dengan Mara dan menyelesaikan hutang tersebut.
Beliau berkata setakat ini Che Ta atau peguamnya tidak hadir ke pejabat Mara bagi membincangkan berhubung hutang itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Prince Syed Minta Netizen Berhenti Bagi Komen Negatif, Dedah Che Ta Tak Suka Main Bab Duit - “Dia Bukan Orang Yang Suka…”

ARTIKEL BERKAITAN: Gagal Bayar Hutang Hampir RM1 Juta, MARA Fail Kebankrapan Terhadap Che Ta, Anak lelaki

ARTIKEL BERKAITAN: Mohon Netizen Bagi Ruang, Pengurus Che Ta Bakal Beri Kenyataan Tidak Lama Lagi - “Saya Akan Kembali Dengan…”

"Prosedur pemfailan kebankrapan akan diteruskan dan ini bukan tindakan mahkamah kali pertama tetapi sudah kali kedua dan sekarang ini yang paling penting datanglah ke Mara dan bincang.
“Paling penting juga, bayar balik pinjaman yang dibuat sebab ia sudah berlarutan sejak 2017,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Konvensyen Barisan Nasional Negeri Pulau Pinang 2024 yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Pusat Konvensyen, Kebudayaan dan Kesenian Antarabangsa (PICCA) pada Ahad.
Media sebelum ini melaporkan bahagian undang-undang Mara kini dalam proses pemfailan kebankrapan terhadap pelakon Che Ta dan anak sulungnya, Ammar Effendy yang gagal membayar pinjaman hampir RM1 juta sejak 2017.
Langkah itu adalah prosedur susulan yang dilakukan terhadap selebriti itu selepas dia gagal melunaskan hutangnya dalam tempoh tujuh tahun walaupun pelbagai usaha diambil Mara bagi mendapatkan semula wang berkenaan hingga membawa kes itu ke mahkamah.
Sumber: Astro AWANI
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024