Marissa Dania Tengah Berpantang, Umisya Ada Sebab Perlu Buat ‘Live TikTok’ Bersama Aslam - “Bukanlah Untuk Ambil Kesempatan Atau Apa…”
Madu kepada pempengaruh media sosial, Marissa Dania Hakim iaitu Umisya Mazlan tampil menjelaskan tujuan dia dan suami, Ahmad Aslam membuat siaran langsung bersama di TikTok pada malam, Selasa.
Tarikh keluarkan produk
Ketika siaran langsung (live) tersebut, Umisya berkata dia dan suami terpaksa juga melakukannys disebabkan sudah menetapkan tarikh itu untuk mengeluarkan produknya.
ARTIKEL BERKAITAN: Abby Abadi Rancak Kongsi Kata-Kata Semangat Di Instagram, Marissa Dania Tampil Komen: “Taknak Reply WhatsApp Saya Ke Mama?”
ARTIKEL BERKAITAN: Netizen Gelar Aslam Kurang Ajar, Dakwa Tak Maklum Pada Abby Abadi Berita Kematian Anak – “Tak Matured Langsung”
Menurut Umisya lagi, dia berharap semua netizen tidak bercakap mengenai perkara lain yang tiada kaitan dengan produk jualannya.
“Misya nak cakap, kitaorang buat live malam ini untuk beg kuning release malam ini adalah kerana hari ini adalah tarikh yang memang kena release produk.
“Jadi bukanlah untuk ambil kesempatan atau apa. Untuk live malam ini, Misya kena ikut date yang Misya nak release produk Misya. Kebetulan ada perkara-perkara yang terjadi.
“Korang janganlah drag apa-apa perkara yang di luar live ini tau,” kata Umisya.
Dalam live tersebut juga, Umisya memberitahu dia ada menyediakan hadiah untuk sesiapa yang membuat pembelian awal produknya.
Hadiah bukan Aslam
Bagaimanapun, Umisya menegaskan hadiah yang diberikan bukanlah Aslam seperti yang dikatakan netizen di ruang komen siaran langsung tersebut.
Pada Sabtu lalu, Marissa dilaporkan dikejarkan ke sebuah hospital apabila mengadu sakit perut selepas menghadiri sebuah acara pelancaran produk.
Susulan itu, Marissa, 19, dilaporkan bersalin ketika usia kandungannya berusia enam bulan namun bayi pra matang dilahirkan tidak dapat diselamatkan dan meninggal dunia.
Perkara itu turut disahkan oleh suami Marissa iaitu Ahmad Aslam yang juga memohon orang ramai mendoakan keadaan isterinya ketika ini.