Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

Marshanda Dakwa Hidap Bipolar Sebab Tabiat Minum Kopi

Maliah Surip 16/10/2024 | 13:50 MYT
Penyanyi dan pelakon Marshanda mendakwa dirinya menghidap masalah gangguan kesihatan mental, Bipolar kerana suka minum kopi.

BERITA TRENDING: Bukan Hilang, Marshanda ‘Masuk’ Hospital Sakit Jiwa Di Amerika Syarikat

Menurut Marshanda dia sangat kerap meminum kopi sewaktu berusia 15 tahun. Dia menjadikan kopi sebagai minuman paling kerap diambil kerana mahu terus berasa segar dan mampu ‘berjaga’ sewaktu bekerja dan pergi ke sekolah.
Namun kini pada usia 35 tahun baru dia sedar tabiat minum kopi sejak remaja itu telah menyebabkan dia mendapat Bipolar.
Pengakuan itu dibuat sewaktu Marshanda menjadi tetamu podcast bersama Inara Rusli.
“Masa usia 15 tahun saya sangat sering minum kopi hitam untuk tetap terus berjaga kerana lepas sekolah saya akan pergi set penggambaran.
“Saya ambil kopi sekitar lima kali sehari. Saya hanya mahu pastikan masih bertenaga untuk penggambaran atau boleh buat kerja sekolah lepas pukul 12 malam.
“Tapi saya tak sangka kopi buat saya tidak boleh tidur jadi malam selalu segar dan waktu tidur jadi sangat singkat serta tidak teratur. Tidur jam 3 atau 5 pagi,” ceritanya panjang lebar seperti dilaporkan Viva.co.id.

BERITA TRENDING: Hidap Bipolar, Marshanda Hilang Di Los Angeles & Ditemukan Di…

Tambah Marshanda, rakannya bimbang melihat pola tidur yang tidak betul lalu menyarankan wanita itu mengambil pil tidur atau penenang bernama Xanax.
“Xanax dari kumpulan ubat penenang Benzodiazepine. Jadi saya ambil dan pada awal penggunaan memang boleh tidur namun lama kelamaan tidak,” akuinya.
Oleh kerana tidak mengambil ubat tersebut atas saranan doktor, Marshada juga memakan ia secara berlebihan sehingga berasa cemas dan berhenti menggunakannya lagi.
Namun gara-gara berhenti secara drastik itu yang membuat muncul gejala seperti terlebih sensitif, cepat marah, bercakap dengan laju, kemurungan dan lebih sukar tidur.
Dan atas kesedaran dia melakukan pemeriksaan sehingga didiagnos menderita Bipolar Disorder.

BERITA TRENDING: Dihina Netizen Janda Kafir, Hidap Bipolar & Kanser Payudara, Marshanda Rasa Masih Dilindungi Tuhan

#Penyanyi #Viral #Indonesia #Bipolar #Kopi #Marshanda
;