Laman Utama

Bukan Hilang, Marshanda ‘Masuk’ Hospital Sakit Jiwa Di Amerika Syarikat

gempak
Maliah Surip
07/08/2022
02:58 MYT
Sponsor Banner
Bukan Hilang, Marshanda ‘Masuk’ Hospital Sakit Jiwa Di Amerika Syarikat
Beberapa bulan sebelum ini industri hiburan Indonesia dikejutkan dengan berita kehilangan artis mereka, Marshanda yang sedang bercuti di Amerika Syarikat.
Berita kehilangan Marshanda dikongsikan sahabatnya yang ikut bercuti ke sana, Sheila Salsabila menerusi platform media sosial sambil meminta Presiden Jokowi juga membantu mencari pelakon tersebut.
Selepas berita itu tersebar, Marshanda muncul dan mengatakan dirinya yang diketahui menghidap masalah gangguan kesihatan mental Bipolar, sihat. Berita kehilangan tersebut juga dinafikan olehnya.
Terkini, Marshanda akhirnya membuka rahsia apa yang sebenarnya telah terjadi sewaktu berita kehilangannya di Los Angeles menjadi tajuk utama media tempatan.
Tanpa berselindung, janda satu anak ini mengaku dia telah dimasukkan ke hospital sakit jiwa.
Dia dimasukkan ke hospital sakit jiwa selepas berlaku kekeliruan setelah Sheila melaporkan kehilangannya ke talian kecemasan 911 dan pihak ambulans menemuinya.
“Pada hari kejadian saya sebenarnya keluar ambil angin ke pantai. Saya sengaja tinggalkan telefon kerana tidak mahu dikesan dan hanya ingin bersendirian.
“Tapi setelah beberapa jam tak pulang ke Airb&b kami, Sheila panik kerana gagal hubungi saya. Dia hubungi 911 dan ambulans mencari saya.
“Ambulans ‘menemui’ saya yang sebenarnya juga sedikit sesat sewaktu dalam perjalanan pulang ke penginapan kami kerana pandangan saya sedikit kabur setelah contact lens saya basah sewaktu bermain air di pantai.
“Sayangnya, terjadi salah faham antara saya dengan petugas kesihatan walaupun saya menjawab semua pertanyaan tentang diri saya.
“Hal ini kerana mereka mendapati saya mengambil ubat ubatan berkaitan kesihatan mental dan mengambil keputusan menghantar saya ke hospital sakit jiwa,” cerita Marshanda panjang lebar dalam saluran YouTubenya seperti dilaporkan Kompas.com.
Selepas dimasukkan ke hospital sakit jiwa, dia mendakwa terputus hubungan dengan dunia luar. Marshanda mengatakan dia ditahan dalam hospital dan dipantau selama hampir dua minggu.
“Saya ditahan dari 27 Jun sehingga 11 Julai dan hanya dapat menghubungi keluarga sebanyak dua kali sebelum akhirnya dibenarkan keluar dari situ,” katanya.
Ternyata meski ditahan bukan atas kerelaan dirinya, dia terpaksa membayar sebanyak RM90,000 sebagai bayaran kerana telah menerima rawatan dan penjagaan.
Dalam pengakuan sama, Marshanda juga menafikan dirinya tidak memakan ubat seperti dakwaan sahabatnya.
“Saya makan ubat yang sentiasa ada dalam beg tangan saya. Dan sehingga kini, kami tidak lagi berteman,” katanya terus terang.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live