Laman Utama

"Masih Berdua..."- Sambut Anniversary Ke-8, Elizad & Suami Tak Putus Asa Nak Zuriat

Syafiqah Jalal
12/01/2023
09:53 MYT
Sponsor Banner
"Masih Berdua..."- Sambut Anniversary Ke-8, Elizad & Suami Tak Putus Asa Nak Zuriat
Pelakon dan pengacara Siti Elizad menyambut ulang tahun perkahwinannya dengan suami yang ke lapan semalam.
Menurut Elizad, 39, dalam usia lapan tahun perkahwinan, mereka telah melalui segalanya bersama namun masih tenang.
"Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke 8 Sayang . Masih berdua . Masih bercinta. Masih " honeymoon ".
"8 years marriage . Been through so much together . Tetap tenang , tetap tersenyum," ucapnya.
Penyampai radio Sinar itu berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Menerusi entri itu dia turur berkongsi foto da video momen bersama suaminya.
Wanita yang sudah beberapa kali mencuba rawatan kesuburan In Vitro Fertilisation (IVF) itu bagaimana pun akui tidak berputus asa untuk menimang cahaya mata.
"Yakin bahawa takdir Mu lebih baik dari apa yg kami inginkan .
"Kuatkan kami utk memahami ini semua sebagai anugerah Mu yang terindah Ya Allah .
"The sun will rise and we will try again,"ujarnya.
Kali terakhir Elizad mendapatkan rawatan kesuburan IVF pada Mac tahun lalu. Dia pernah berjaya hamil selepas rawatan itu pada tahun 2020 namun keguguran beberapa bulan selepas itu.
Elizad berkahwin dengan suami, Shamsul Baharin yang merupakan seorang duda pada 11 Januari 2015
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar