Viral
Masih ‘Single & Available’, Cik Epal Malas Fikir Soal Cinta - “Ikutkan Dari Awal Saya Cakap Dah Cerai, Ada Yang Mencuba”
Pempengaruh media sosial dan usahawan, Cik Epal mengakui ada lelaki mencuba untuk mendekatinya sebaik sahaja mengumumkan dirinya sudah bercerai.
Fokus kerjaya
Bagaimanapun, Cik Epal memilih untuk membiarkan sahaja mesej seperti itu kerana mahu memberi tumpuan kepada kerjayanya sahaja.
“Ada la juga (lelaki cuba mendekati) tapi saya fokus pada kerjaya sahaja. Ikutkan dari awal masa saya cakap dah bercerai itu, dah ada yang cuba.
“Tapi saya malas nak fikir benda itu, saya lebih memilih untuk membiarkan saja,” kata Cik Epal kepada Gempak.
ARTIKEL BERKAITAN: Cik Epal Kongsi Senarai Harga Paid Review, Netizen Terkejut; - “Rezeki Dia…”
ARTIKEL BERKAITAN: "Berani Kerana Benar" - Cik Epal Tetap Pertahan Maruah Diri, Ada Tindakan Terhalang Disebabkan ...
ARTIKEL BERKAITAN: "Setiap Yang Berlaku Ada Hikmah” - Cik Epal Positif Hadapi Dugaan Hidup, Mahu Kemelut Dengan Bekas Suami Selesai Segera
Malah Cik Epal juga memberitahu dia masih lagi ‘single and available’ sehingga ke hari ini.
Tawaran berlakon
Dalam pada itu, Cik Epal mendedahkan dia ada menerima tawaran untuk berlakon namun akan dipertimbangkan sekiranya watak yang diberikan bersesuaian.
“Saya ada juga terima tawaran untuk berlakon. Ada yang ajak saya jadi cameo dan sebagainya. Saya tengok dulu wataknya, kalau okay saya pertimbangkan,” katanya.
Sementara itu, Cik Epal juga akan tampil dengan dua lagu, dalam masa terdekat. Katanya, ia merupakan projek suka-suka buatnya.
Bukan penyanyi
“Buat masa ini, saya keluarkan lagu ‘galau’ saya dulu baru saya keluarkan lagu dengan Aepul. Tapi saya tidak la mahu menjadi seorang penyanyi.
“Saya buat suka-suka dan saya buat ini untuk perniagaan saya saja,” ujarnya.
Must-Watch Video