Hiburan
Masih Solo Di Usia 41, Luna Maya: “Kahwin Tidak Akan Sempurnakan Hidup Saya”
Bintang cantik Indonesia, Luna Maya baru menyambut ulang tahun ke-41 pada 26 Ogos lalu.
Persoalan yang sering diajukan kepadanya adalah bila dia akan menikah.
Meski diketahui sedang hangat bercinta dengan aktor yang jauh lebih muda daripadanya, Maxime Bouttier, Luna mengaku tidak terburu-buru untuk berkahwin.
Dia juga menyifatkan perkahwinan bukan hal yang akan membuat kehidupannya sebagai seorang wanita sempurna.
“Kenapa saya masih single dan belum menikah? Kerana saya selalu berfikir bahawa berkahwin tidak akan sempurnakan hidup saya,” ujar Maya sewaktu menjadi tetamu satu podcast seperti dilaporkan Viva.co.id.
Malah bekas kekasih vokalis Ariel Noah dan suami Syahrini, Reino Barack ini juga mengaku pernah putus tunang lantaran berasa tidak akan memiliki perkahwinan yang baik.
“Saya dulu pernah bertunang. Hampir menikah ya tapi saya memutuskan pertunangan kerana rasa tidak boleh melanjutkan hubungan sama dia. Jadi saya undur diri,” katanya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya Buang Fotonya Di IG, Maxime Bouttier Jawab Spekulasi Putus Cinta
ARTIKEL BERKAITAN: Luna Maya Teruja Ketawa Disambut Suara Pontianak Sewaktu Penggambaran Filem Seram
ARTIKEL BERKAITAN: Jalin Hubungan Dengan Aktor 10 Tahun Lebih Muda, Luna Maya Syukur Disokong & Minta Doa
Meski demikian, Luna mengaku dirinya mampu untuk berkahwin pada bila-bila masa. Namun kerana usia yang meningkat membuatkan dirinya sedar apa yang diinginkan dalam hidup.
Kata Luna: “Sebenarnya kalau mahu kahwin memang mampu tapi apabila usia meningkat dan semakin matang kita sebenarnya lebih tahu apa yang diinginkan dalam hidup. Kita sedar diri kapasiti sendiri.”