Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Masih Terima Tawaran Berlakon .." - Tak Kena 'Blacklist' Dengan Produksi, Shah Hazvee Akan Terus Bekerja Macam Biasa

Zulaikha Yusof 04/06/2020 | 07:22 MYT
Pelakon yang sedang meningkat naik, Shah Radhi Hazvee, 24, menyatakan isu yang terpalit terhadap dirinya baru-baru ini memberi impak kepada perjalanan karier seni.
Shah didakwa memikat seorang wanita berusia 36 tahun yang mana statusnya adalah isteri kepada seorang lelaki berusia 38 tahun supaya wanita itu melakukan persetubuhan dengannya.
BACA: Shah Hazvee Didakwa Memikat Isteri Orang, Ajak Melakukan Persetubuhan
Walau bagaimanapun, Shah berkata dia akan terus berlakon memandangkan masih menerima tawaran daripada pihak produksi.
"Untuk karier saya tak menafikan memang memberi impak yang negatif. Sedikit sebanyak itu ada.
"Buat masa sekarang, alhamdulillah saya masih terima tawaran berlakon. Rezeki daripada Allah. Saya akan bekerja seperti biasa.
"Saya rasa orang di luar sana terutama pihak produksi faham dengan keadaan saya. Perkara ini belum pasti lagi," katanya.
Tambah pelakon drama Monalisa dia tidak mengambil serius dengan kritikan dan tohmahan yang dilemparkan di ruangan komen Instagram (IG) miliknya.
Malah, pemilik nama Muhammad Shah Radhi Hazvee berharap agar semua orang tidak menjatuhkan hukuman terburu-buru selagi belum ada bukti yang kukuh.
"Komen negatif yang saya terima tu saya abaikan saja. Yang positif saya ambil dan perbetulkan diri sendiri atas kesilapan yang pernah dilakukan.
"Kepada semua netizen di luar sana, saya tak menghalang awak untuk terus bercakap. Itu atas diri masing-masing.
"Apa yang boleh saya cakap jangan terburu-buru menghukum seseorang itu tanpa ada bukti kukuh yang mengatakan seseorang itu salah.
"Kita tunggu keputusan mahkamah sama ada perkara ini benar atau salah. Saya harap semua orang berdoa supaya kebenaran boleh terungkai satu hari nanti," katanya lagi.
Terdahulu, kecoh pelakon lelaki berusia 24 tahun ditahan polis selepas didakwa menjalinkan hubungan dan melarikan isteri orang.
Namun, pengurus kepada pelakon tersebut, Leana Sharif menepis dakwaan mengenai isu aktor tersebut bersama bekas pengurusnya seperti yang dihebahkan.
BACA: "Shah Hazvee Larikan Isteri Orang Itu Adalah Tidak Benar & Bercanggah" - Pengurus
#Mahkamah #Shah Hazvee #Isteri Orang #Lari
;