Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

"Masih Trauma Dengan Tandas Rumah Berlendir Berkulat .." - Tiz Zaqyah Bengang Dengan Sikap Wanita Yang Malas Jaga Kebersihan

Zulaikha Yusof 13/02/2020 | 02:15 MYT
Pelakon Tiz Zaqyah akui masih trauma selepas berdepan dengan keadaan tandas yang menjijikkan ketika menjalani sesi penggambaran.
Menurut Tiz, rumah yang digunakan itu didiami oleh seorang wanita.
"Masih trauma dengan tandas rumah berlendir berkulat.
"Awak tu perempuan, kalau malas sangat simbah je clorox tu!
"Lantai penuh rambut, meja makan melekit, dapur berminyak, sinki penuh cawan pinggan kotor.
"Kenapa! Dah tau orang nak shooting kat rumah awak, kemaskan sikit tak salah," tulisnya.
Ketidakpuasan itu diluahkan menerusi akaun Twitter miliknya, semalam.
Rata-rata pengikunya turut berasa terkejut dengan sikap individu tersebut yang tidak mementingkan soal kebersihan.
"Huhu.. Scary nya. Saya paling sakit hati klu toilet kotor ni. Penanda aras orang rumah pembersih adalah tandas.
"Serious laaaaa. I tak boleh bayang betul. Cemana dia boleh duduk rumah macam tu.
"Serius la tu pemalas tahap gaban tu.. Macam mana boleh hidup dgn keadaan rumah macam tu.
"Sejenis pantang toilet berlumut sikit. Tengah berak pun boleh sambil menyental. Hahahaha," antara komen-komen netizen.
#pelakon #Pelakon #Tiz Zaqyah
;