Masuk Kem Latihan Seminggu, Syafiq Kyle Kongsi Cabaran Ketuai ‘The Real’ Komando Dalam Takluk: Lahad Datu – “Kami Dilayan Seperti…”
Karakter Terbesar
Menurut Syafiq atau nama sebenarnya Mohd yafiq Shamim Abdul Razak berkata, filem yang diinspirasikan dari kisah benar itu sarat dengan emosi seperti perjuangan wira-wira negara dalam mempertahankan kedaulatan negara.
“Tanggungjawab yang saya galas ini antara karakter yang terbesar juga sepanjang dalam karier saya.
“Saya perlu menyampaikan mesej tentang perjuangan lebih-lebih lagi buat generasi muda yang tidak muncul lagi ketika itu.
“Emosi sangat berat kerana ia tentang patriotisme dan semangat juang, ditambah pula dengan uniform, senapang ia menambahkan lagi semangat saya,” ujarnya kepada Gempak.
Syafiq ditemui pada sidang media dan tayangan perdana filem Takluk: Lahad Datu, baru-baru ini.
Ketuai The Real Komando
Syafiq yang memegang watak DSP Zamri mendedahkan antara cabaran terbesar yang perlu dijayakan adalah mengetuai pasukan dengan memberi kata semangat dihadapan anggota sebenar 69 Komando atau (VAT 69).
“Ada satu babak yang saya perlu bagi kata-kata semangat. Cabaran terbesar saya adalah bagaimana saya hendak beri kata semangat di hadapan semua anggota VAT yang sebenar.
“Pelakon hanya di barisan pertama sahaja, selebihnya adalah anggota komando yang sebenar.
“Jika saya tak beri kata semangat yang betul-betul pada mereka, mereka takkan terima, anggap tak beri semangat.
“Saya berlatih dengan mereka, saya tunjuk pada mereka, dan saya dapat input dari mereka. Ia sangat membantu saya.
“Saya rasa benda paling mencabar adalah untuk mengetuai ‘the real’ komando,” kongsinya.
Kongsi Syafiq lagi, dia juga perlu menyarungkan uniform sebenar VAT dan kelengkapan besi.
“Cedera juga ada, sebab saya sarungkan uniform VAT yang sebenar dan alat kelengkapan sebenar yang semuanya besi.
“Ada satu babak yang semuanya perlu dilakukan dengan cepat, jari saya memang hancur tetapi itu perkara biasa,” kongsinya lagi.
“Kami dilayan seperti budak baru yang masuk VAT, memang penuh dengan agresif dan intensity.
“Ia sangat membina kerana kita berada di lokasi Lahad Datu dimana lokasi sebenar kejadian, jadi kami sangat bersedia dengan semua keadaaa,” tutupnya.