Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Masyarakat Di Yogyakarta Sudah Sambut Aidilfitri Hari Ini, Dakwa Ada Pengikut Di Malaysia

Maliah Surip 05/04/2024 | 05:45 MYT
Pada saat umat Islam di seluruh dunia menghitung hari untuk menyambut Aidilfitri yang dijangka jatuh pada 10 April 2024, nampaknya sudah ada sebahagian yang merayakan Lebaran hari ini.
Mereka adalah sebahagian jemaah Islam Masjid Aolia di Padukuhan Panggang III, Kalurahan Giricahyo, Panggang, Gunungkidul, Yogyakarta, Indonesia.

BERITA TRENDING: Kecoh Sekelompok Warga Yogyakarta Ini Dah Mula Solat Terawih Pada Rabu, Puasa Pula Bermula Semalam!

Mengikut menyambut Aidilfitri hari ini sekaligus selesai melakukan solat hari raya mengikuti perintah Imam Masjid Aolia, KH Ibnu Hajar Sholeh Pranolo, 82, atau akrab disebut Mbah Benu.
“Hari ini semua [jemaah Aolia] sudah solat Aidilfitri. Tapi tidak hanya di sini tapi di mana-mana, terutama Masjid-masjid Aolia," kata Mbah Benu seperti dilaporkan Harian Jogja.

BERITA TRENDING: Jangan Kalut Tak Raya Awal, Tarikh Lihat Anak Bulan 9 April Ini

Menurut Mbah Benu, bukan hanya pengikutnya di Jogja sahaja yang merayakan Aidilfitri hari ini atau lebih awal seperti yang sepatutnya tetapi juga mendakwa punya pengikut di seluruh dunia yang ikut menyambut hari raya.
Dia mendakwa jemaah atau pengikut Aolia juga ada di Malaysia dan India.
Terdahulu pengikut ajaran sama sudah menyambut Ramadan pada 7 Mac dan melakukan solat terawih pertama pada malam 6 Mac 2024 di Masjid Aolia.

PILIHAN PEMBACA: Raffi Ahmad Beli 20 Ekor Lembu Korban, Sempat Tunggang & Namakan Onto Seno

#Viral #Indonesia #Raya #Aidilfitri #Jogjakarta
;