Viral

Kecoh Sekelompok Warga Yogyakarta Ini Dah Mula Solat Terawih Pada Rabu, Puasa Pula Bermula Semalam!

gempak
Izwan Isa
07/03/2024
23:55 MYT
Sponsor Banner
Kecoh Sekelompok Warga Yogyakarta Ini Dah Mula Solat Terawih Pada Rabu, Puasa Pula Bermula Semalam!
Berbeza dengan majoriti ajaran agama Islam yang lain, jemaah di Masjid Aolia Daerah Panggang, Gunungkidul, Yogyakarta menunaikan solat terawih pada hari Rabu lalu, 6 Mac 2024 dengan secara tidak langsung tarikh 1 Ramadan bagi mereka bermula semalam.
Hal tersebut viral selepas video perkongsian jemaah masjid berkenaan menunaikan solat tarawih dimuat naik di platform TikTok.
@sekilas_gunungkidul Sholat Tarawih pertama di Gunungkidul nih... Jama'ah Masjid Aolia di Kecamatan Panggang, Gunungkidul, Yogyakarta menggelar Sholat Tarawih malam ini. Perayaan 1 Ramadhan Jama'ah Masjid Aolia ini akan dimulai pada Hari Kamis 7 Maret 2024. Sholat Tarawih sendiri dilaksanakan dengan 23 raka'at lengkap dengan Sholat Witir. Daerahmu kapan menjalankannya wirrr... #sekilas_gunungkidul #sekilasgunungkidul #gunungkidul #GUNUNGKIDUL #panggang #ramadhan #ramadhan2024 #sholattarawih #tarawih ♬ suara asli - sekilas_gunungkidul
Imamnya, KH Ibnu Hajar Sholeh Pranolo atau Mbah Benu berkata, solat terawih yang dilakukan oleh jemaah di masjid berkenaan sama dengan solat terawih yang dilakukan di lokasi lain.
“Semua sama dengan saya, saya imamnya, masing-masing ada imam, wakilnya saya.
“(Solat terawih) saya dengan witirnya itu 23 (rakaat). Sebaiknya saling hormat menghormati. Sebab ini masalah keyakinan," sambungnya.
Selain itu, sejumlah jemaah juga turut mengadakan solat terawih di masjid sekitar 20 meter dari rumah Mbah Benu.
Menurut KompasTV, Ketua Pejabat Wilayah Kementerian Agama (Kanwil Kemenag) Gunungkidul, Sa'ban Nuroni pernah berkata, pihaknya akan terus memudahkan jemaah Aolia walaupun terdapat perbezaan pendapat.
“Kami mengajak orang ramai untuk menunaikan solat sunat hari raya mengikut hari yang diyakininya,” kata Sa’ba, dipetik dari Tribun Jogja.
Dia juga berharap umat Islam lain menghargai dan menghormati apa yang dilakukan oleh jemaah Aolia. Kerana mereka memahami perbezaan ini.
Sumber: KompasTV

BERITA TRENDING: Netizen Cemas Bila Ada Yang Rendam Ayat Ruqyah Dalam Air Untuk Diminum? Rupanya Bukan Produk Tempatan, Tapi…

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live