Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Mat Salleh Dakwa Warga Malaysia Tak Mesra, Banding Pengalaman Di Thailand - “Saya Dapat Attention Di Sana”

Umirah Halim 15/04/2024 | 09:00 MYT

Sepotong video yang dimuatnaik oleh seorang lelaki ‘mat salleh’ yang mendakwa warga Malaysia ‘tidak mesra’ mengundang perhatian ramai.

Orang Malaysia tak senyum

Menerusi video yang dimuatnaik oleh akaun lelaki tersebut yang menggunakan nama @marilyn_ruv, berkata, tidak ada seorangpun warga Malaysia yang senyum kepadanya sepanjang berada di Melaka.

Katanya, orang Malaysia juga seperti tidak mengalu-alukan kedatangannya ke negara ini.

“Orang di sini macam sedikit tidak ramah.

“Mereka juga tidak senyum kepada satu sama lain.

“Sebelum ini saya tinggal di Thailand, orang di sana selalu senyum dan tegur saya. Di sana, saya dapat banyak perhatian, tidak seperti di Malaysia.

“Saya tahu ada banyak undang-undang di negara ini, tetapi saya tetap berasa tidak selesa” katanya di dalam video tersebut.

Bagaimanapun, dia tidak menafikan negara ini mempunyai tempat yang menarik dan berbaloi untuk dilawati.

Netizen komen

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen pelbagai reaksi yang diberi wargamaya tempatan.

Ada yang mengecam tindakannya yang seolah menagih perhatian orang ramai dan ada juga yang memberikan pelbagai alasan untuk menafikan dakwaannya itu.

“Orang Malaysia sebenarnya malas hendak ‘ambil port’ atau tidak mahu berbalas senyum disebabkan keadaan cuaca yang sangat panas.

“Bro, cuaca kat sini panas. Orang memang tak akan senyum-senyum dah dekat tengah jalan.

“Mungkin pengalaman setiap orang lain-lain tetapi orang Malaysia memang kurang sikit ‘eye contact’ dengan orang yang tidak dikenali. Tetapi, kebanyakannya ramah dan baik.

“Kami pemalu sebenarnya, kalau awak senyum dulu mesti kami balas senyum balik.

“Lah nak perhatian ke ni.

“Dia buat video ni sebab nak engagement ni lol,” komen beberapa netizen.

Setakat artikel ini ditulis, hantaran ini telah mendapat sebanyak 35 ribu tontonan di platform X.

Berita Trending: Kakak-Kakak Beri Amaran Jangan 'Gula-Gulakan' Umisya, Anggap…

Berita Trending: Kapsyen Isteri Noh Bikin Suspens, Netizen Mula Ucap Tahniah!
#Viral #Malaysia #Melaka #Tular #Mesra #Orang #Mat #Salleh #Tak Senyum
;