Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Hiburan

“Mati Nanti Pun Berbintikan Nama Mak, Ini Fakta!” - Rita Rudaini

Khairil Khusyairi 03/09/2024 | 06:55 MYT

Pelakon Rita Rudaini tetap memberi sokongan kepada anak-anak dalam apa jua keadaan.

Rita Takkan Cabut Lari

Menurut pemilik nama lengkap Rita Rudaini Mokhtar, 48, itu berkata, sebagai ibu tunggal dia tetap akan bersama dua cahaya matanya dan tidak akan lari daripada sebarang masalah.

“Kalah atau menang, berjaya atau tidak, buruk atau baik. Kami selalu ada untukmu Ryan dan Arjuna.

“Susah atau senang, mommy selalu ada untukmu anak-anak. Ada masalah atau tidak, jangan risau mommy takkan cabut lari.

“Mommy akan tetap ada hingga ke akhir hayat mommy. Itu janji mommy pada Allah,” tulis Rita.

Mati Berbintikan Emak

Dalam pada itu, Rita sekali lagi menegaskan semua pihak tidak perlu mengaitkan kehidupan anaknya bersama dengan pihak lain kerana dia yang membesarkan sejak kecil.

“Saya membesarkan anak saya seorang diri sejak 15 tahun lalu.

“Kalau setakat nak tulis dan kaitkan dengan orang lain, tak perlu. Mati nanti pun berbintikan nama mak. Ini fakta!,” tegas Rita.

Terdahulu, sebuah portal membuat berita dengan menggunakan tajuk 'Detik jadi pemisah, anak legenda JDT terkandas di separuh akhir MSSS 2024'.

Untuk info, Airit Rayyan Rizqin tidak berhasil meneruskan perjuangannya dalam acara 100 meter (m) kategori L4 di Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Selangor (MSSS) 2024 apabila gagal melayakkan diri di pusingan kelayakan pada Isnin.

ARTIKEL BERKAITAN: Rita Rudaini Bengang Tajuk Artikel Petik 'Anak Legenda JDT' - “Aku Penat Bela Dari Kecil, Legenda? Celah Mana?”

ARTIKEL BERKAITAN: “Saya Percaya Kebolehan Anak Saya” - Rita Rudaini Tiada Tips Besarkan Anaknya Sendirian

ARTIKEL BERKAITAN: Jaguh Pecut & Berjaya Dalam Pendidikan, Anak Rita Rudaini Mohon Doa Untuk Dapat Jadi Huffaz Al-Quran - “Saya Sudah Dapat Hampiri Hafalan Juzuk 15 & Perlu…”

#Anak #Rita Rudaini #Bola Sepak #Sokong #Binti
;