Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Media Sosial Trending Dengan Isu B40, Siapa & Berapa Jumlah Pendapatan Penerima?

Maliah Surip 30/03/2022 | 08:50 MYT

Isu seorang pensyarah berpangkat profesor membuat kenyataan ‘Aku tak boleh duduk dengan golongan B40’ sewaktu memarahi seorang pelajarnya dalam kelas yang dijalankan secara online hari ini menjadi trending dalam media sosial.

BACA: “Kalau Kakak Ada Gelang Emas Pergi Gadai” - Minta Pelajar Beli Laptop, Profesor Dikecam Teruk! Kononnya Hina Golongan B40
Banyak pengguna media sosial atau netizen yang ikut melahirkan pandangan peribadi terhadap isu yang melanda. Malah, ramai yang menyelar tindakan seorang yang berpendidikan tinggi namun gagal menggunakan pertuturan yang sopan disifatkan telah menyinggung golongan B40.
Namun siapa dan apakah yang dimaksudkan dengan B40?
B40 merujuk kepada kumpulan isi rumah terendah atau bottom40 yang membawa akronim B40.
Kumpulan B40 adalah kumpulan isi rumah dengan pendapatan di bawah RM4,850.
Menurut portal irujukan.my, kumpulan ini akan menerima pelbagai inisiatif daripada kerajaan apabila pembentangan bajet dilaksanakan.
Sehingga September 2021 lalu, golongan B40 di Malaysia meningkat.
Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, mendedahkan sebanyak 20 peratus atau kira-kira 580,000 isi rumah daripada kumpulan M40 kini beralih kepada had pendapatan di bawah kumpulan B40.
Kenyataan yang dibuat secara bertulis di Dewan Rakyat pada September 2021 itu diambil dari statistik berdasarkan Laporan Anggaran Pendapatan Isi Rumah dan Insiden Kemiskinan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia.
"Sebanyak 20 peratus atau kira-kira 580,000 isi rumah daripada kumpulan M40 yang berpendapatan di antara RM4,850 dan RM10,959 beralih kepada had pendapatan di bawah kumpulan B40," katanya lapor Awani.
Selain B40, pengkelasan pendapatan rakyat Malaysia turut dibahagikan dalam dua kategori lagi iaitu M40 dan T20.
Kumpulan M20 adalah kumpulan isi rumah pertengahan atau Middle 40 dengan jumlah pendapatan isi rumah dari RM4,850 sehingga RM10,970.
Untuk kumpulan Top 20 atau T20 yang merupakan isi rumah berpendapatan tertinggi pula memiliki purata pendapatan isi rumah RM10,971 dan ke atas.

#Viral #Pensyarah #Pelajar #Komputer riba #B40 #Siapa B40
;