Laman Utama

Melampau! Nombor Telefon, Maklumat Peribadi Profesor Tersebar, Netizen Pesan Janganlah…

Izwan Isa
31/03/2022
01:50 MYT
Sponsor Banner
Melampau! Nombor Telefon, Maklumat Peribadi Profesor Tersebar, Netizen Pesan Janganlah…
Sejak semalam, heboh di laman sosial berkenaan dengan seorang profesor yang didakwa menghina pelajarnya atau golongan B40 yang tidak mampu untuk membeli komputer riba. Hal tersebut terakam dalam sepotong video dan rakaman video berkenaan turut menjadi bahan bualan ramai orang.
Seperti biasa, netizen menjalankan kerja-kerja ‘penyelidikan’ dan berjaya menemui maklumat peribadi profesor berkenaan menerusi CV yang telah tersedia dikongsikan oleh profesor berkenaan secara maya.
Justeru, ramai yang mengambil kesempatan menghubungi profesor berkenaan dengan meninggalkan pesanan menerusi Whatsapp - dan perbuatan tersebut sedikit sebanyak menjurus kepada aktiviti cyberbully.
Begitu, ada beberapa pengguna media sosial yang menasihati netizen untuk tidak menggunakan maklumat peribadi berkenaan untuk tujuan buli dan mengulang kongsi butiran berkenaan untuk dijadikan bahan buli pengguna lain.
“Ya, dia memang salah. Tetapi, apa yang kamu buat ini adalah cyberbully. Two wrongs don’t make a right,” tulis seorang netizen.
Sungguhpun begitu, ada yang berpendapat bahawa perbuatan berkongsi butiran profesor berkenaan tidak salah memandangkan butiran tersebut memang boleh didapati menerusi carian online.
Begitupun, ada yang memberitahu bahawa ia tetap menjadi satu kesalahan.
“Tidak, ia tidak bagus sama sekali. Maklumat itu didedahkan untuk tujuan yang betul tetapi apabila orang ramai menyebarkannya seperti api yang marak dengan niat jahat dan meyakinkan orang lain untuk membuli siber, maka ia adalah satu hal yang salah,” tulisnya.
Menerusi tinjauan Gempak, beberapa ciapan yang berkongsi maklumat peribadi profesor berkenaan telah dipadamkan oleh pihak Twitter.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar