Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Melampaunya! Dituduh Berselera Dengan Kaum Sejenis, Ini Jawapan Balas Iqbal Zulkefli!

Hanafis Haris 20/09/2021 | 07:22 MYT

Kontroversi membabitkan bekas pembantu peribadi jutawan kosmetik Datuk Seri Vida, iaitu Iqbal Zulkefli masih belum berakhir.

Selepas menamatkan hasrat untuk berkahwin dengan Vida, Iqbal kini dihimpit satu lagi tomahan baru apabila didakwa ‘berselera’ dengan kaum sejenis.

Isu berkenaan muncul apabila tular satu akaun di Twitter yang mempersoalkan haluan seksualitinya.

“Dia bukan gay ke?,” tulis akaun tersebut.

Enggan berdiam diri, Iqbal kemudian tampil menjawab persoalan tersebut menerusi satu posting di Instagram Storynya, sebentar tadi.

“Hina, fitnah dan benci saya lagi sepuas hati. Jika itu membahagiakan hati kalian.

“Saya keseorangan perlukan sokongan di saat kejujuran saya dipersendakan,” katanya.

Untuk makluman, sebelum tercetusnya dakwaan ‘gay boy’ ini, Iqbal pernah dituduh menjadi ‘anak ikan’ Vida apabila hubungan mereka dilihat semakin rapat.

Malah, anak kelahiran Pasir Mas, Kelantan lulusan Diploma Penulisan Kreatif daripada Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA) itu turut dituduh cuba menumpang populariti Vida.

Sekadar info, nama Iqbal menjadi perhatian seluruh rakyat Malaysia sejak beberapa minggu lalu apabila dikatakan bakal mengahwini DSV.

Pun begitu, hubungan cinta Iqbal dan Vida dihalang oleh anak sulung jutawan kosmetik itu iaitu Cik B yang berkeras tidak bersetuju.

Sabtu lalu, Iqbal memaklumkan dia tidak lagi memaksa Vida untuk mendirikan rumah tangga dengannya.

Menurut Iqbal, keputusan itu dibuat demi menjaga maruah dirinya yang selama ini dilihat telah lama mengimpikan perkahwinan bersama Vida.

BACA : “Harus Menjaga Maruah…”- Mohon Maaf Kisah Percintaan Viral, Iqbal Putus Asa Kahwin Vida?

BACA: “Kami Hampir Nak Kahwin,” - Tak Kisah Jarak Usia 22 Tahun, Iqbal Akui Terpaut & Sayang Pada DSV, Tapi…

#Viral #Gay #DSV #Fitnah #Cikb #Tuduhan #Gayboy #Iqbal #Sejenis
;