Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Melaram Ketika Penuhi Undangan Nyanyian, Azizi AF1 Nafi Berfesyen Persis Wanita

Izwan Isa 15/02/2024 | 00:55 MYT
Penyanyi Ahmad Azizi Mohamed atau lebih dikenali dengan nama Azizi AF1 menafikan pemakaiannya ketika mengadakan persembahan pentas menjurus ke arah fesyen yang sering digayakan oleh kaum wanita.
Azizi ketika dihubungi Gempak berkata, dia tidak pernah terfikir untuk berpakaian seperti kaum Hawa, sebaliknya apa yang disarungkan pada tubuh hanyalah sekadar mengikut tema yang telah ditetapkan oleh penganjur acara.

BERITA TRENDING Dikecam ‘Free Hair’ Waktu Buat Live, Kembar Tiga, Triplet Hisham ; “Berapa Banyak Korang Sakitkan Hati Orang"

“Bagi saya sebenarnya... saya tak nak sebut age is just a number. Sebenarnya kalau nak berkarya, siapa-siapa pun berhak untuk berkarya. Tapi kalau ada yang mengaitkan saya untuk (berpakaian seperti) perempuan, definitely saya rasa saya tidak begitu.

A post shared by AZIZI AF1 (@azizi_akademi_fantasia_1)

“Sebab saya masih berseluar. Mungkin sedikit (bergaya seperti wanita) untuk padankan rambut dan mekap dengan pakaian tersebut. Mungkin nampak sedikit ciri itu. Namun, nak kata saya ingin terus pakai perempuan, masih tiada lagi dalam hati saya lagi kot,” katanya.
Azizi berkata demikian bagi mengulas mengenai kritikan dan komen-komen berbaur negatif yang diterima selepas videonya berpakaian dan bergaya eksentrik ketika mengadakan persembahan menuai perhatian netizen.

BERITA TRENDING: "Saya Tiada Pihak Ketiga, Begitu Juga Bekas Isteri Saya" - Raf Yaakob

Azizi menjelaskan, kandungan-kandungan yang dimuat naik di media sosial hanyalah dianggap sebagai sebahagian daripada kerjanya sahaja.
“Apabila saya kongsi sebarang kandungan di media sosial, ia merupakan sebahagian daripada kerja. Kita bekerja untuk mempromosikan diri sendiri, untuk cari rezeki. Tidak sangka pula viral,” kongsi Azizi.

A post shared by AZIZI AF1 (@azizi_akademi_fantasia_1)

Dalam pada itu, Azizi memberitahu yang dia tidak terasa hati, apatah lagi melatah apabila membaca komen-komen negatif yang ditinggalkan di ruangan komen di platform Instagram miliknya.
“Saya tidak ambil hati, saya gembira. Netizen ni… kita pandang dari sudut baik. Niat saya hanya mahu gamatkan industri. Sebab ada sahaja artis lain yang mungkin lebih grand pemakaiannya berbanding saya. Saya rasa saya terlalu kecil.

BERITA TRENDING: Selamba Pergi Pasar Malam, Netizen Puji Sikap Rendah Diri Siti Nurhaliza - “Humble Betul, Senyum Jer Dekat Orang"

“Tiada niat untuk cari publisiti. Niat saya hanya mahu mencari rezeki. Dan saya masih dapat komen-komen positif daripada peminat yang menyokong saya. Jika ada sekalipun yang negatif, saya bersyukur sebab sekurang-kurangnya mereka melihat saya,” kata Azizi lagi.
Untuk rekod, Azizi merupakan peserta Akademi Fantasia musim pertama. Azizi yang berasal dari Kuantan, Pahang itu berjaya meraih tempat ketiga menerusi pertandingan nyanyian fenomena itu, di belakang Khai yang menduduki tangga kedua sementara posisi juara pula milik Vince.
#Azizi AF1
;