Datuk Seri Siti Nurhaliza sememangnya terkenal dengan sifat rendah diri walaupun menerima gelaran penyanyi nombor satu oleh rakyat Malaysia.
Terbaharu, menerusi video yang dimuat naik di TikTok, pelantun lagu Wajah Kekasih itu sekali lagi mencuri perhatian warganet apabila dia dan keluarganya tanpa segan-silu berbelanja di pasar malam.
Bukan itu sahaja, netizen juga memuji sikap Siti Nurhaliza yang tidak sombong serta sentiasa tersenyum ketika didekati peminat.
