“Memang Kita Kecewa, Penat, Lesu Tapi Sabarlah…” - Datuk Lee Chong Wei
Bekas pemain badminton nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei meluahkan rasa syukurnya apabila berjaya melengkapkan dua dos vaksin.
Berita gembira itu dikongsi Chong Wei menerusi satu posting di Facebooknya.
Menurutnya, beliau berterima kasih kepada pihak pentadbiran dan petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat dijunjung.
“Tidak senang, tapi kalau semua pihak menjalankan tanggungjawab masing-masing, kemenangan atas wabak covid akan menjadi kenyataan,” katanya.
Beliau juga berharap tidak lama lagi segalanya kembali normal seperti sebelumnya.
“Ayuh ambil vaksin! Semoga tidak lama lagi, kembalilah kita ke dunia yang dikenali semua.
“9180 kes ini hari, sememangnya kita kecewa, kita penat, kita lesu, tetapi sabarlah... kerana #kitaadakita,” katanya.
Anda boleh lihat posting berkenaan di bawah:
Sekadar info, Kes jangkitan COVID-19 di Malaysia menyaksikan peningkatan amat mendadak apabila mencatatkan sebanyak 9,180 hari ini.
BACA: COVID-19: Paling Tinggi, Kes Naik Mendadak Hingga 9,180! Netizen Bimbang Sekiranya…