Hiburan

Menciap Sedih & Penat, Ini Penjelasan Amir Masdi - "Sebenarnya, Semua Ayat Itu ..."

Ainun
13/08/2024
13:55 MYT
Sponsor Banner
Menciap Sedih & Penat, Ini Penjelasan Amir Masdi - "Sebenarnya, Semua Ayat Itu ..."
Penyanyi Amir Masdi menjelaskan dirinya dalam keadaan baik selepas mencetuskan tanda tanya mengenai ciapannya di platform X baru-baru ini.
Jelas Amir, ciapan berbaur penat dan sedih itu bukanlah bersifat peribadi.
"Sebenarnya, semua tweet yang saya buat baru-baru ini bukanlah sesuatu yang peribadi. Saya petik ayat tersebut dari album saya yang akan datang, dan setiap tweet itu berdasarkan mesej dari lagu-lagu yang akan datang.

"Saya beri teaser album baru saya melalui perkataan di aplikasi X. Dekat X pun saya perlu berinteraksi dengan peminat yang menyangka saya tidak okay," katanya kepada Gempak.

Penyanyi lagu Asmara itu menjelaskan bahawa ciapan yang dibuatnya tidak ditujukan kepada sesiapa pun secara khususnya. Dia hanya mengambil beberapa lirik daripada album barunya untuk dimuatkan dalam akaun aplikasi X.
“Kali ini album saya ada lagu yang berunsur positif dan negatif," jelasnya.
Tambah Amir, dia bersyukur kerana orang luar masih lagi perihatin tentang keadaan dirinya selepas dia memuat naik ciapan tersebut.

BERITA TRENDING: "Dia Selalu Di Belakang Saya" - Amelia Henderson Hargai Sokongan Aedy Ashraf Isu Kes Saman

BERITA TRENDING: Buat Live, Muat Naik Video Cerai Di Laman Sosial Hanya Buka Aib Rumah Tangga

BERITA TRENDING: Syafiq Kyle Dedah Ada Pihak Skeptikal, Takut Filem Lakonannya Tak Meletup – “Kutipan Tinggi Itu Bukan Kerja Saya"

BERITA TRENDING: Akaun IG Digodam, Mierul Aiman Akui Kerja Terganggu - “Sekarang Pun Masih Cuba Untuk…”

“Saya bersyukur sangat sebab pasukan saya, peminat dan family saya dalam keadaan yang sangat baik alhamdulillah. Terima kasih kerana masih perihatin kepada saya”, kongsinya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar