Berita

Mengaku Diri 'Dewa', Songlap Duit RM47 Juta, Paksa Pengikut Makan Najis & Cabut Gigi, Pemimpin Ajaran Sesat Dihukum Penjara 10.5 Tahun!

Gempak
19/06/2024
16:55 MYT
Sponsor Banner
Mengaku Diri 'Dewa', Songlap Duit RM47 Juta, Paksa Pengikut Makan Najis & Cabut Gigi, Pemimpin Ajaran Sesat Dihukum Penjara 10.5 Tahun!
Seorang pemimpin ajaran sesat di Singapura dihukum penjara 10 tahun dan enam bulan, menurut media tempatan pada Rabu.
CNA melaporkan Woo May Hoe memperdaya kira-kira 30 pengikutnya dan mengakui dirinya sebagai 'dewa' dan mengaut lebih AS$10 juta (RM47 juta) sejak beberapa tahun lalu.

BERITA TRENDING: "Kafir Itu Itu Tuduhan Kasar, Saya Masih Amalkan Agama Islam" - Fatiya Latiff

BERITA TRENDING: Sekumpulan Lelaki Dakwa Diri Pengikut Agama Imam Mahdi, Siap Cabar Ustaz Untuk Berdebat - “Panggil Ustaz-Ustaz Yang Hebat…”

BERITA TRENDING: Gila! Paranormal Terkenal Kata Suami Isteri Boleh Tukar Pasangan, Asal Suka Sama Suka

BERITA TRENDING: Salah Tafsir Al-Quran, Ajaran & Minuman Si Hulk Difatwakan Sesat!

Dokumen mahkamah menyatakan May Hoe turut memberi jaminan kepada mereka kononnya bayaran itu bertujuan untuk menghapuskan 'karma buruk' mereka.

“Dia memberitahu wang itu dihantar kepada pemimpin spiritual, Sri Sakthi Narayani Amma atau untuk membiayai projek pembinaan kuil baharu,” jelas laporan itu lagi.

Wanita itu turut merotan pengikut yang 'derhaka' dan memaksa makan najis atau mencabut gigi mereka dengan playar.
“Perbuatan tertuduh telah menjejaskan kewangan mangsa selain menyebabkan sebahagian daripadanya hilang upaya fizikal secara kekal,” ujar pendakwa raya menerusi hujahan mereka kepada mahkamah.
Sementara itu, pihak berkuasa kesihatan mendapati May Hoe mengalami skizofrenia paranoid ketika melakukan kesalahan itu, namun dia sedar ia adalah tindakan yang tidak wajar.
Sumber: Agensi melalui Sinar Harian, CNA
Related Topics
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024