Viral
Sekumpulan Lelaki Dakwa Diri Pengikut Agama Imam Mahdi, Siap Cabar Ustaz Untuk Berdebat - “Panggil Ustaz-Ustaz Yang Hebat…”
Tular di media sosial berkaitan sekumpulan lelaki yang didakwa menyebarkan ajaran sesat menerusi Platform Tiktok.
Dalam entri berdurasi 1 minit 40 saat yang dikongsikan di Platform X, sekumpulan lelaki itu mendakwa diri mereka mengikuti agama Imam Mahdi dan membuat tuntutan bahawa sebahagian dari ahli mereka telah berdebat dengan ulama-ulama terkenal seluruh dunia dalam bidang agama.
BERITA TRENDING: Dr Zul Mohon Hentikan Trend Bawa Kek, Sambut Birthday Di Kubur Anak
“Yang ikut Imam Mahdi bukan kami sahaja, kami ada pasukan Arab, Inggeris, Perancis, Jerman dan banyak lagi, kami semuanya bersama Al Mahdi.
“Perkara ini sudah dibahaskan dan salah seorang dari ‘saudari’ kami telah berdebat dengan rektor Universiti Al Azhar dan beberapa ulama syiah dan sunni di Mesir yang terkenal. Dan mereka semua kalah!” ujar salah seorang ahli kumpulan itu.
Sementara itu, kumpulan tersebut turut menyatakan diri mereka mempunyai bukti dalam bentuk video memaparkan penganut agama berkenaan berdebat dengan ahli ulama tersohor.
“Kami boleh muat naik video dalam group kami kedatangan kembali Sang Penyelamat, video debat antara pengikut Imam Mahdi dalam bahasa Arab dengan ulama-ulama tersohor dari Timur Tengah.
“Anda boleh tengok sendiri, panggil ustaz-ustaz yang hebat bahasa Arab duduk tengok, kami tak pernah kalah debat!” jelasnya.
Perkara itu mengundang pelbagai reaksi netizen di mana rata-ratanya berharap agar tindakan segera diambil oleh pihak yang berkaitan.
Sumber: Platform X
Must-Watch Video