Mengalir Air Mata Kerana Azzam Sham Sehinggalah Isu Body Shaming & Ramalan Neelofa! Ini Trivia Konsert Akhir Big Stage 2020!
Naib juara menjadi milik Usop manakala Qody Rany berada di tangga ketiga.
Dinie Rashid dan Fadh Majid pula masing-masing di kedudukan keempat dan kelima.
BACA: Big Stage 2020: Azzam Sham Juara Big Stage 2020!
Selain kehebatan konsert, pasti penonton di rumah ingin tahu apa yang berlaku di sebalik tabir SB2020 yang berlangsung di di Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Gempak kongsikan kepada anda sebahagian corat-coret dan trivia BS2020 :
1. Untuk pengetahuan, peminat mula memasuki perkarangan PICC seawal 8 malam dan apa yang bagusnya kesemua yang hadir mematuhi SOP ditetapkan.
2. Penyanyi Amir Masdi, Zynakal, Neeta, Sissy Iman dan beberapa bintang BS2020 antara yang hadir memberi sokongan.
4. Ada penonton yang mengalirkan air mata ketika persembahan Azzam Sham menyanyikan lagu Aku Bidadari Syurgamu, nyanyian asal Datuk Seri Siti Nurhalliza atau lebih mesra disapa Tokti.
Visual yang turut memaparkan ibu Azzam yang menjaganya ketika kecil ternyata ‘menjentik’ perasaan penonton di PICC dan kami yakin di rumah juga merasai perkara yang sama.
7. Ketika waktu rehat, kedengaran suara Alif Satar menyanyi lagu Bukan Dia Tapi Aku daripada Judika. Ada penonton yang meminta supaya Alif menyanyi menggunakan mikrofon, namun tidak kesampaian kerana jeritan itu tidak didengar Alif.
8. Penonton di PICC terutama kaum wanita jadi tak tentu arah sebaik Usop menari ketika menyanyikan lagu Arjuna Mencari Cinta dari Dewa 19. Mungkin seksi pada tanggapan mereka.
9. Mungkin ada yang tak perasan, tetapi konsert yang berlangsung di PICC turut dimeriahkan dengan kehadiran penonton secara virtual. Kebanyakan mereka ‘hadir’ dengan sepanduk bintang BS2020 kegemaran masing-masing.
10. Peminat Fadh Majid turut sama memberi sokongan dengan memakai tanjak ketika penyanyi berkenaan menyanyikan lagu irama tradisional, Pantun Budi. Cayalah!
11. Rata-rata rakan media memberi pujian terhadap ‘props’ yang digunakan untuk konsert akhir ini. Antara yang mencuri tumpuan termasuklah props kereta api ketika persembahan Azzam Sham dan penggunaan tandu ketika persembahan Fadh Majid.
12. Pada awalnya hanya Azzam Sham saja yang trending di Twitter, walaubagaimanapun nama Usop kemudian mula menjadi perdebatan netizen susulan tindakannya yang dikatakan telah ‘body shaming’ Sherry Alhadad.
Mujur Usop dengan pantas meminta maaf dan memuat naik gambarnya bersama Sherry menerusi satu posting di Twitter.