Laman Utama
"Mereka Memang Ada Akses Instagram Peribadi Bos" - Rosix Omar
Personaliti media sosial Rosix Omar mendedahkan memang ada sebilangan kakitangan Datin Noor Kartini yang mempunyai akses kepada Instagram peribadi usahawan itu.
Jelas Rosix yang juga rakan baik keluarga Noor Kartini, dia sendiri melantik individu lain yang bertanggungjawab untuk menjaga akaun Instagramnya seandainya terlupa kata laluan.
"Benda (kemaskini) tu bukan dia buat, staff dia buat. Benda tu bukan Mama Rimau (Noor Kartini) buat.
"Macam ni, mereka memang ada akses untuk Instagram bos-bos mereka. Memang benda tu basic.
“Ya, anda kena percaya benda tu bukan daripada Mama Rimau. Penulisan itu pun bukan daripada dia.
"Memang mereka (kakitangan) ada akses personal Instagram. Rosix sendiri pun ada orang jaga sebab takut lupa password," katanya menerusi sesi siaran langsung malam tadi.
Terdahulu, kecoh di laman media sosial apabila satu hantaran berbentuk tangkapan layar mengenai sistem Raja Berpelembangaan di Malaysia tular dan ia dimuat naik menggunakan akaun peribadi milik Kartini.
Menurut Kartini, pengurus media sosial yang memiliki akses ke akaun Instagramnya memuat naik tangkapan layar tersebut tanpa sengaja.
Dalam masa yang sama, Kartini juga telah membuat laporan polis di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail.