Laman Utama

“Mereka Tuduh Pembuli, Damia Alami Kemurungan”- Anak Tiri Fizi Ali Trauma Selepas Foto Tekup Muka Ameena Tular

Gempak
28/10/2023
03:56 MYT
Sponsor Banner
“Mereka Tuduh Pembuli, Damia Alami Kemurungan”-  Anak Tiri Fizi Ali Trauma Selepas Foto Tekup Muka Ameena Tular
Susulan gambar menekup mulut Ameena Sofia yang tular, baru-baru ini, penyampai radio iaitu Fizi Ali mendedahkan anak tirinya, Damia, 11, trauma gara-gara dituduh sebagai pembuli oleh rakan sekolahnya.
Perkara itu juga menyebabkan Damia mengalami kemurungan sehingga hampir seminggu tidak ke sekolah.
Menurut Fizi, Damia takut keluar rumah kerana bimbang orang ramai akan memarahi dan membencinya.
"Selepas gambar itu tular, Damia terima banyak WhatsApp daripada rakan sekolah yang menghantar semula gambar menekup mulut Ameena kepadanya.
"Mereka tuduh Damia pembuli, lebih lagi, gambar wajahnya dibulatkan menyebabkan Damia mengalami kemurungan.
"Saya kasihan melihatkan keadaan Damia yang menjadi mangsa buli siber pada usia masih mentah, sedangkan Damia sangat baik dan lembut.
"Damia juga sangat sayangkan Ameena, mereka sangat rapat, malah tidur bersama. Jadi, tak mungkin Damia ada niat nak lakukan perkara tak baik pada Ameena," katanya seperti yang dilapor BH Online.
Menjelaskan apa sebenarnya yang berlaku, Fizi berkata, Ameena mahu cium tangan Damia, tetapi jurufoto sedang merakamkan gambar, jadi ia kelihatan seperti Damia menekup mulut Ameena.
"Ameena aktif, ceria dan tak boleh duduk diam. Dia suka pegang tangan kakaknya dan ketika itulah, Ameena sebenarnya cuba mencium tangan Damia.
"Bagi saya, gambar itu sebenarnya comel, tapi ramai pula yang mengecam dan tak adil sebenarnya buat spekulasi hanya daripada sekeping gambar.
"Saya juga minta tolong jangan bulatkan lagi muka Damia, kalau tak puas hati jumpa sendiri dengan saya. Tolong jangan babitkan isteri, anak-anak dan keluarga saya," katanya.
Ditanya kenapa tidak menjawap pertanyaan daripada bekas isteri, Shakilla Khoriri yang menuntut penjelasan mengenai gambar itu, Fizi berkata, dia ada sebab tidak menjawab WhatsApp dihantar wanita berkenaan.
Terdahulu, Shakilla meluahkan rasa rasa kurang senang melihat anak tiri Fizi menekup mulut Ameena dalam foto perkahwinan penyampai radio itu.
Sebagai ibu, Shakilla tidak gembira melihat anaknya diperlakukan sedemikiam dan menuntut penjelasan daripada Fizi tetapi tidak diendahkan.
Fizi membuat kejutan apabila mengumumkan bernikah dengan wanita dikenali sebagai Siti Zulaikha, 30 di Pejabat Agama Islam Daerah Gombak, Selangor pada Isnin lalu.
Sumber: BH Online
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar