Berita

Meta Mohon Maaf Turunkan Hantaran PM Anwar Berhubung Ismail Haniyeh

Awani
06/08/2024
04:55 MYT
Sponsor Banner
Meta Mohon Maaf Turunkan Hantaran PM Anwar Berhubung Ismail Haniyeh
Meta Platforms Inc (Meta) membuat permohonan maaf susulan penurunan kandungan daripada akaun Facebook dan Instagram Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkaitan pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, minggu lepas.

Meta mohon maaf

Malaysia telah meminta penjelasan Meta selepas selepas hantaran ucapan takziah terhadap Ismail Haniyeh dipadamkan Facebook dan Instagram.
"Kami memohon maaf atas kesilapan operasi di mana kandungan daripada halaman Facebook dan Instagram Perdana Menteri (Anwar Ibrahim) telah dialih keluar dan kandungan itu telah dipulihkan dengan label yang betul," kata jurucakap Meta kepada Reuters dalam jawapan e-mel kepada soalan yang ditanyakan, pada Selasa.
BERITA TRENDING: Perbuatan Meta Jelik, Hina Penderitaan Rakyat Palestin - Pejabat Perdana Menteri
BERITA TRENDING: Meta Dipanggil Bertemu PM Hari Ini, Beri Penjelasan Hantaran Palestin Diturunkan Di Media Sosial
BERITA TRENDING: 5 Individu Terkaya Dunia, Elon Musk & Mark Zuckerberg Bukan Lagi Nombor Satu!
BERITA TRENDING: Penyanyi Popular Tanah Air, Jay Jay Meninggal Dunia

Bagaimanapun, permohonan maaf Meta itu dibuat secara ringkas susulan persoalan diutarakan media antarabangsa melalui e-mel tanpa memperincikan sebab kandungan ucapan takziah Perdana Menteri diturunkan.

Dalam perkembangan sama, Astro AWANI masih berusaha mendapatkan maklum balas daripada Pejabat Perdana Menteri (PMO) berhubung permohonan maaf yang dikemukakan Meta itu.
Pada Isnin, PMO menuntut Meta memohon maaf secara terbuka atas tindakan mereka termasuk menurunkan ucapan takziah Perdana Menteri Anwar berhubung pembunuhan pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh daripada platform media sosial itu.
PMO turut menuntut Meta memberikan penjelasan terperinci atas tindakan mereka itu.
Perkara itu dinyatakan kepada wakil Meta Inc, yang dipanggil oleh Bahagian Media dan Komunikasi Strategik PMO di Putrajaya.
Turut hadir dalam pertemuan itu ialah Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dan Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC), Tan Sri Mohamad Salim Fateh Din.
Sumber: Awani
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar