Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Laman Utama

Michael Ang Tegur Netizen Puaka - “Bila Pelakon Jual Nasi Ayam Kau Kutuk, Dah Confirm Masuk Syurga Ke?”

Mya Amri 25/12/2023 | 07:55 MYT
Pengarah, Michael Ang meluahkan rasa geram dengan sikap segelintir netizen yang disifatkan terlalu negatif.
Menurut Michael, setiap perkara dilakukan oleh mereka yang bergelar anak seni pasti ada sahaja tidak kena di mata netizen.
“Bila wanita bertudung berlakon kau orang maki kaw kaw kalau terover sikit. Bila pelakon tu tak berlakon jual nasi ayam pun kau orang kutuk.
“Cakap orang tak laku lah dan macam macam lagi. Kau orang ni dah cukup bagus sangat ke? Dah confirm masuk syurga ke?” tulisnya menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram.

BERITA TRENDING: Michael Ang Nak Ubah Watak ‘Penyondol’ Bertudung & Nampak Suci - “Kalau Dulu Buat Cerita…”

BERITA TRENDING: “Ada Hikmah Juga Apa Budak Flat Tu Buat” - Isu Palestin, Michael Ang Perasan Ramai Influencer & Selebriti Mula Kongsi

Tambah Michael lagi, lebih baik jika seseorang artis itu berusaha mencari inisiatif seperti meniaga untuk menambahkan pendapatan berbanding menjadi hipokrit atau penunggang agama.
“Dah cukup baik lah pelakon tersebut berniaga untuk menampung hidup daripada meminta sedekah atau derma dari kau orang.
“Sebusuk-busuk pelakon tu pun, sekurang-kurangnya tak macam penunggang agama kereta kemalangan dan tak ada insurans, road tax.
“Tapi mintak orang derma dari pengikut, itu lagi keji dan memalukan! Dah dah lah nak keji anak seni,” coretnya.

A post shared by Michael Ang (@michaelang38)

Terdahulu, Michaael merupakan antara selebriti yang terkenal dengan kelantangan bersuara mengenai isu-isu semasa.
#Michael Ang #Netizen #Anak Seni #Nasi Ayam
;