Sejak kebelakangan ini, banyak kes ‘penyondol’ menganggu rumah tangga melibatkan selebriti dan pempengaruh adalah seorang wanita yang berimej muslimah.

Melihat situasi yang berlaku di media sosial, pengarah Michael Ang berkata kebiasaannya watak penyondol yang digambarkan dalam drama atau filem merupakan wanita yang mewarnai rambutnya selain berimej seksi.

Menurut Michael Ang, mungkin selepas ini dia akan lebih memilih wanita yang bertudung dan kelihatan baik untuk memegang watak sebagai penyondol.

“Lepas sahur tengok TikTok! Kes penyondol lagi dan tiba-tiba terfikir kalau dulu buat cerita watak penyondol selalu perempuan tu warna rambut, make up tebal and pakai seksi! Betul tak?

“Tapi lepas ini kalau nak pilih watak penyondol kena ambil yang alim dan bertudung, acah-acah suci. Baru itu reality! Sekadar permerhatian je jangan terasa. Kalau tak makan cili ya!” katanya.

Pada perkongsian yang sama, Michael Ang turut bersuara mengenai isu pempengaruh TikTok berbangsa Cina berlaku curang terhadap isterinya dan menjalinkan hubungan cinta dengan pekerja beragama Islam.

“Apa pun TikTokers itu very ‘so hai’. Lu ingat tukar agama itu suka-suka ah? Orang mcm lu la buat orang macam kita malu! Lu lagi baik pergi mamp*s la!” tegasnya.