Hiburan

Mila Jirin Berdepan Detik Cemas Di China, Kereta Berhenti Mengejut Di Highway Sebab Tayar Pecah! - “Kenderaan Berat Laju, Lori Trailer Hon”

Mya Amri
23/07/2024
05:50 MYT
Sponsor Banner
Mila Jirin Berdepan Detik Cemas Di China, Kereta Berhenti Mengejut Di Highway Sebab Tayar Pecah! - “Kenderaan Berat Laju, Lori Trailer Hon”
Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin berdepan detik cemas apabila pemandu keretanya terpaksa menghentikan kenderaan yang dinaiki secara mengejut di pertengahan lebuh raya akibat tayar pecah.

Tayar pecah, peralatan tak mencukupi

Menurut Mila yang kini berada di China, kejadian itu berlaku ketika perjalanan dari Yiwu ke Shaoxing City.
“Separuh perjalanan tiba tiba driver berhenti mengejut. Kami ambil dua MPV dan Cindy @chinasourcingpartner.cn naik MPV berasingan.
“Nasib baik driver bawa kereta perlahan dan secara convoy, jadi tidaklah kami terpisah di highway. Kami semua dari Yiwu nak ke Shaoxing City, perjalanan mengambil masa sekitar 2 jam.
“Driver maklumkan tayar pecah dan peralatan tidak mencukupi untuk baik pulih tayar tersebut dan kereta terpaksa ditunda.

“Saya amat risau bila berada dibahu jalan highway yang sangat laju kenderaan berat. Dengan lori traler hon dengan kuat bila lalu bersebelahan kereta kami dan bila berhenti di kanan bahu jalan, perasaan lebih cemas kerana jika di Malaysia ianya adalah lorong laju.

“Habis semua orang saya suruh keluar dari kereta kerana sangat risau keselatan dan kenderaan yang amat laju lalu lalang.
“Arif bising, Mommy i want to go inside, i want to sit down please mommy... Mommy pulak dok fikir, macam mana nak buat, tengok tayar tak selesai juga dibuka,” kongsinya menerusi hantaran terbaharu di Instagram.

Syukur semua selamat

Bagaimanapun kata Mila, dia bersyukur kerana kesemua penumpang yang berada dalam kenderaan pelbagai guna itu tidak mengalami kecederaan.
“Alhamdulillah, Allah lindung perjalanan kami dan Allah ilhamkan untuk saya minta Cindy maklumkan pada Driver untuk bawa kami semua (7 orang) guna 1 MPV sahaja dahulu menuju ke hotel, Cindy inform, driver cakap nanti berhimpit, penuh kereta bagaimana?

“Saya cakap biarlah berhimpit asalkan tidak berada dibahu jalan yang membahayakan ini dengan ada anak anak kecil bersama.

“MPV Tayar pecah ditinggalkan bersama suami Cindy kerana bagasi kami masih ada di dalam MPV tersebut, selepas ditunda ke bengkel berdekatan dan mereka hantar bagasi kami sekitar jam 1 pagi.
“Alhamdulillah semuanya selamat. Selepas beberapa minit MPV berjalan, phone driver berbunyi dan saya tanya cindy ‘who is that?’ cindy menjawab sambil menepuk anaknya tidur di riba.
“‘Transport Police Call the Driver to check’. Saya tanya Cindy, macam mana Transport Police tahu number driver ni?
“Dia jawab ‘CCTV Everywhere, the police can trace the plate number and will get the driver number.’
“Walaupun lapan orang berhimpit dalam satu MPV ini hampir satu Jam, bersyukur saya Allah lindungi perjalanan kami dan kami selamat sampai di Shaoxing City,” jelasnya.
Berikut merupakan cerita penuh Mila:
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar