Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Mimi Peri Akui Dirinya Seorang Mualaf, Dedah Tiada Yang Baca Yasin Ketika Bapa Meninggal Dunia

Izwan Isa 05/04/2024 | 00:55 MYT

Selebriti media sosial dan pencipta kandungan popular, Mimi Peri berkongsi kisah duka ketika bapanya meninggal dunia.

Mimi Peri menerusi podcast Feni Rose berkata, bapanya meninggal dunia secara mendadak, dan dipercayai jatuh sakit selepas dipercayai terkena hantaran ilmu hitam.

Meninggal dunia

“Alhamdulillah kita (keluarga) sudah di-Islamkan. Sebelumnya (kami) bukan Islam. Selepas tiga tahun di-Islamkan, bapa meninggal dunia.

“Dia tidak tinggalkan apa-apa. Tidak tinggalkan apa-apa. Anak-anak ditinggalkan kelaparan, makan sendiri-sendiri,” ujarnya sambil mengesat air mata.
Mimi Peri memberitahu, kadang-kala dia berasa marah kerana bapanya pergi tanpa meninggalkan mereka sekeluarga tanpa sebarang harta.

Rasa marah

“Kadang saya marah… kenapa bapa tidak tinggalkan apa-apa. Kesian ibu, benar-benar cari makan (rezeki). Tapi saya bersyukur telah di-Islamkan.” katanya lagi.

Mengimbau memori, Mimi Peri turut memberitahu yang ketika bapanya meninggal, tiada siapa yang membacakan surah Yasin buat jenazah.
“Biasakan kalau orang meninggalkan ada orang baca Yasin. Tak ada kak Rose. Saya masih ingat. Masa bapa meninggal, sepi, hening,” katanya sambil menangis.

A post shared by Mimi Peri Rapunchelle (@mimi.peri)

Mimi Peri atau nama lengkapnya, Ahmad Jaelani mula menuai populariti selepas kandungannya viral di Instagram.

Selain tampil dengan fesyen-fesyen pelik, Mimi Peri turut popular dengan rutin membangunkan orang ramai untuk bersahur.

ARTIKEL BERKAITAN: Pertama Kali Datang Malaysia, Mimi Peri Terkejut Kena Serbu Di KLCC

ARTIKEL BERKAITAN: Dilantik Jadi Duta Mualaf, Daqmie; "Ia Satu Amanah Yang Berat"

#Islam #Mualaf #Bapa Meninggal #Mimi Peri #Baca Yasin
;