Viral
Minta Bank In RM150, Scammer Menyamar Amir Jahari Kantoi Busuk! - "Jangan Sampai Ada Yang Terkena"
Firdaus
23/05/2024
|
03:55 MYT
Penyanyi Amir Jahari mendedahkan bahawa terdapat seorang individu tidak bertanggungjawab menggunakan identitinya bagi tujuan menipu orang ramai.
Perkara itu dikesan oleh Amir apabila isteri kepada pelantun lagu Hasrat tersebut, Kartini Sulaiman menerima mesej daripada individu berkenaan.
Menerusi tangkap layar perbualan, dapat dilihat individu itu meminta Kartini melakukan transaksi sebanyak RM150 ke dalam satu akaun bank atas alasan untuk merawat kos rawatan hospital saudara kepada Amir.
"Jangan sampai ada yang terkena dengan mamat ni!
Susulan itu, penyanyi berusia 31 tahun tersebut lantas memuat naik posting memberi amaran kepada orang ramai supaya tidak ditipu serta mengingatkan bahawa dirinya hanya mempunyai satu nombor telefon yang digunakan untuk berkomunikasi dengan keluarga dan kenalan rapat.
“Amaran scammer! Tolong kongsi. Jangan sampai ada yang terkena dengan mamat ni! Dah beberapa orang WhatsApp tanya. Dah lah pakai gambar keluarga.
“Peringatan: Aku hanya ada satu nombor yang private untuk keluarga dan kenalan rapat. Selain dari tu, semua bukan nombor aku,” tulis Amir.
DISCLAIMER : Aku hanya ada satu number yang private untuk family & kenalan rapat. Selain dari tu, semua bukan number aku.
pic.twitter.com/m584tgVW2O
— Amir Jahari (@amirjaharimuzik)
May 22, 2024
Netizen Terhibur
Tinjauan ke ruangan komen mendapati rata-rata netizen terhibur dengan gelagat individu itu yang tidak mengetahui hubungan antara Kartini dan Amir disebabkan daripada panggilan ‘Puan’ yang digunakan.
“Text wife sendiri, tapi panggil puan? Hahaha,”
“Kot ye pun nak jadi scammer jadi lah bijak sikit. Scam bini mangsa memang lah sangat tak cerdik,”
“Menyamar jadi Amir tapi pergi text isteri dia, hahaha.”
Sekadar info, tiada sebarang maklumat lanjut tentang individu berkenaan.
Setakat artikel ini ditulis, entri yang dibuat penyanyi itu telah meraih lebih 300,000 tontonan di Platform X.