Laman Utama

“Minta Bantuan Staf Di…” - Jawapan RapidKL Buat Netizen Bengang! OKU Terpaksa Naik Tangga, Lif & Escalator Rosak?

Izwan Isa
20/05/2022
01:50 MYT
Sponsor Banner
“Minta Bantuan Staf Di…” - Jawapan RapidKL Buat Netizen Bengang! OKU Terpaksa Naik Tangga, Lif & Escalator Rosak?
Isu mengenai kemudahan awam yang rosak bukanlah satu hal yang baharu. Sudah banyak kali didebatkan, banyak kemudahan awam dilihat masih dalam keadaan kurang memuaskan.
Terkini, isu mengenai lif LRT Stesen Ampang Park yang rosak menjadi sorotan netizen apabila seorang individu kurang upaya (OKU) yang menggunakan tongkat bahu dilihat terpaksa menggunakan tangga untuk menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam tersebut.
Situasi tersebut dirakam oleh seorang netizen dan dimuat naik ke laman sosial Twitter.
“Escalator dan lif Ampang Park rosak sejak tahun lepas. Kesian abang OKU ni kena panjat tangga,” katanya sambil meletakkan tag @MyRapidKL.
Kemudian, pihak RapidKL membalas pertanyaan pengguna Twitter berkenaan. “Hai, lift di stesen Ampang Park masih lagi di dalam penyelenggaraan. Pelanggan boleh minta bantuan staff di kaunter. Staff boleh bantu,” tulisnya.
Balasan pihak RapidKL itu menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang menyifatkan kenyataan tersebut tidak profesional.
“Tolong jadi bijak dan beritahu superior anda untuk selesaikan masalah ini secepat mungkin. Dah bertahun lif tu dalam penyelenggaraan! Alasanlah! Ingat staff tu boleh bantu dukung dari atas sampai bawah ke? Tolong guna otak please kalau ada?”
“Staff angkat gendong sampai atas atau macam mana? Kenapa perkhidmatan tak mesra golongan OKU dan warga emas? Kurang yakin part staff nak bantu, kat kaunter pun tak mesra. Sudah masanya untuk naik taraf. Cepat atau lambat, tak mustahil Malaysia ni ketinggalan jauh dari Indonesia.”
Sementara itu, pihak RapidKL turut mengeluarkan kenyataan berhubung dengan ketidak puasan hati netizen.
“Terima kasih atas maklum balas. Pihak Rapid Rail sedia maklum dan sedang berusaha agar escalator tersebut dapat kembali beroperasi secepat mungkin. Kami mohon maaf atas kesulitan yang berlaku,” tulisnya.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar