Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!
Viral

Minum Ubat Batuk Cap Ibu & Anak Untuk Jaga Vokal, Perkongsian Zayn Malik Curi Perhatian Netizen Malaysia

Firdaus 06/06/2024 | 13:55 MYT
Penyanyi antarabangsa, Zayn Malik baru-baru ini mencuri perhatian netizen Malaysia apabila dirinya berkongsi amalan meminum satu cecair bagi menjaga suaranya.

PILIHAN PEMBACA: Sabit Ellie Suriaty Terpelanting, Krisdayanti Bakal Bergelar Nenek & Wajah Fazley Persis Zayn? Menarik Sepanjang Khamis…

"Saya amalkan pengambilan ubat ini...

Menurut bekas ahli kumpulan One Direction itu, dirinya menyifatkan cecair tersebut sebagai eliksir istimewa dan mengamalkan pengambilan ubat berkenaan sebelum menyanyi.

PILIHAN PEMBACA: Selena Gomez, Zayn Malik Digosipkan Jalin Hubungan

"Benda ni adalah seperti 'madu', ia berasal dari China. Ia sangat-sangat bagus untuk penjagaan vokal saya. Saya namakan ia sebagai eliksir istimewa.
"Saya amalkan pengambilan ubat ini dimana-mana saya berada, terutamanya selepas menyanyi. Campurkan dengan sedikit air," katanya.
undefined

Ubat Curi Perhatian Netizen Malaysia

Namun, apa yang menarik perhatian netizen Malaysia adalah jenama cecair yang ditunjukkan itu seakan-akan serupa dengan jenama ubat batuk yang popular di negara ini.

Sekadar info, Zayn Malik sebelum ini pernah mempunyai hubungan bersama model antarabangsa Gigi Hadid.

BERITA TRENDING: Rentetan Isu Pukul Ibu Gigi Hadid, Pasangan Zayn & Gigi Memutuskan Untuk Berpisah...

Hubungan pasangan itu bagaimanapun tidak kekal lama apabila mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada Oktober 2021.

BERITA TRENDING: Israel Semakin Mengganas, Zayn Malik Bersuara: "Hati Saya Hancur & Saya Bersama Rakyat Palestin"

Sepanjang bersama, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata perempuan yang diberi nama Khai.
Sumber: TikTok
#Viral #Hollywood #Zayn Malik #hiburan #Dunia #Cap Ibu & Anak #Ubat Batuk
;