Hiburan

Misha Omar Tak Muncul Di SFMM39, Vanessa Reynauld Nyanyi Lagu ‘Masihkah Ada Rasa Itu’ Dapat Pujian

Ernalisa
15/11/2024
02:25 MYT
Sponsor Banner
Misha Omar Tak Muncul Di SFMM39, Vanessa Reynauld Nyanyi Lagu ‘Masihkah Ada Rasa Itu’ Dapat Pujian
Kemunculan penyanyi Vanessa Reynauld mendendangkan lagu Masihkah Ada Rasa Itu nyanyian asal Misha Omar menimbulkan pertanyaan dalam kalangan penonton terutama peminat penyanyi wanita itu.
BERITA BERKAITAN:Zaidi Omar Titip Nasihat Buat Generasi Pelakon Baharu - “Ilmu Itu Penting, Pergi Kelas Lakonan”

BERITA BERKAITAN:Misha Omar terkejut Azry adalah kelahiran semula Hafiz Suip | The Chosen One Musim Ke-2 | Konsert 3

BERITA BERKAITAN:Meerqeen Bawa Ezzanie Jalan-jalan Main Game?! | Singgah Set

BERITA BERKAITAN:Baby Noah Bayi Ajaib, Viral Dalam Drama Andai Tiada Dia! | Motif Trending

Lagu Masihkah Ada Rasa Itu merupakan karya ciptaan Misha sendiri bersama Sharon Paul.
Manakala lirik lagu ditulis oleh Sharon Paul dan Que Afiq.
Bagaimanapun kemunculan penyanyi wanita berambut alfro itu tetap mendapat tepukan gemuruh penonton pada malam pertandingan separuh akhir Muzik-Muzik 39 pada malam Khamis.
Untuk rekod, Misha sebelum ini muncul di pentas SFMM pada edisi ke-36 menerusi lagu Tanpa Rela.
Bagaimanapun lagu itu gagal ke pentas AJL.
Malam pertama Muzik-Muzik 39 separuh akhir menampilkan 17 buah lagu yang bertanding iaitu Aura Ernie Zakri, Yennode Macha Zubir Khan. Saksama Akim & The Majistret, Hening Rindu Marsha Milan Londoh, Belakang Tabir Syamel, ILU Aepul RozaOh Huminodun Elica Paujin, Pujaanku Kugiran Masdo & Aisyah Aziz, Tangis Nabila Razali dan Helah Puteri Khareeza.
Selain itu lagu nyanyian Fahimi Rahmat (Angau), Iera Milpan (Retak Hatiku), Misha Omar (Masihkah Ada Rasa Itu), Hafiz Suip (Terus Bersinar) dan lagu Oh My Kadhale Zubir Khan & Ezra Kairo turut dipertandingkan.
Nama yang tidak asing seperti Siti Nordiana & Tomok tampil dengan lagu Memori Mungkin Berulang, manakala Amir Masdi dengan lagu sengaja.
Related Topics
Must-Watch Video
Unitar