Viral
Model OnlyFans Maut Jatuh Balkoni Sewaktu Buat Konten P*rnografi
Seorang model dewasa OnlyFans maut selepas terjatuh daripada balkoni sebuah hotel di Brazil.
BERITA TRENDING: YouTuber Berhenti Kuliah PhD, Jadi Model OnlyFans Kerana Duit
BERITA TRENDING: Umum Buka Akaun OnlyFans, Jay Park Buat Peminat Tak Keruan
BERITA TRENDING: Ini 5 Content Creator OnlyFans Dengan Bayaran Tertinggi Tahun Ini, Tak Sangka No. 1 Tu Artis Popular!
Anna Beatriz Pereira Alves yang dikenali dengan nama komersialnya Anna Polly maut sewaktu sedang merakamkan babak filem porno bersama dua lelaki pada usia 27 tahun, lapor People.
Menerusi kenyataan yang diberikan kepada media Brazil, Quem, pihak berkuasa tempatan masih menyiasat sama ada kematian wanita itu mempunyai unsur jenayah.
“Siasatan dijalankan dibawah Baixada Fluminense Homicide Division (DHBF) yang melibatkan kenyataan saksi mengenai kejadian atau kemungkinan lain yang menyebabkan kematian.”
“Kami tidak dapat mengesahkan sama ada ini satu kebetulan atau kejadian jenayah, tulis laporan tersebut.
Menurut informasi daripada laman web OnlyFans, wanita itu dikatakan sedang bersama dua lelaki lain yang terbabit membuat konten pornografi sewaktu kejadian.
Tubuh Anna ditemui dalam keadaan cedera parah di kawasan patio Mont Blanc Apart Hotel di Nova Iguaçu, kawasan of Rio de Janeiro.