Laman Utama
"Mohon Doakan Arwah Mama" - Kilafairy
Suasana pilu menyelubungi Masjid Al-Falah, USJ9, Subang Jaya ketika jenazah Allahyarham Rohana Jalil tiba sekitar pukul 10.40 pagi.
Keluarga Allahyarham dan rakan terdekat turut mengiringi jenazah untuk disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21, Subang Jaya sebelum Zuhur.
Anak Allahyarham, Syakila Nisha atau Kilafairy, 31, memohon agar mendoakan arwah ibunya.
“Mohon doakan arwah mama,” ujarnya ringkas.
Antara rakan artis yang turut mengiringi antaranya ialah Azizul Khamis, Izara Aishah, Tya Arifin dan Azian Mazwan Safuan.
Terdahulu, Allahyarham Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abd Jalil menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun 11.33 malam tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak April lalu akibat kebocoran usus.
ARTIKEL BERKAITAN: TERKINI! Rohana Jalil Meninggal Dunia