Laman Utama
“Mujur Dah Besar Tak Jadi Minah Rempit” - Fauziah Sarman Kongsi Foto Syada Waktu Kecil
Ibu kepada Syada Amzah, Fauziah Sarman berkongsi gambar penyanyi dan pempengaruh itu ketika masih kecil di Instagram Story.
Menerusi gambar yang dikongsikan oleh Fauziah, kelihatan Syada sedang duduk di atas motosikal untuk kanak-kanak.
Fauziah yang juga ibu kepada penyanyi Shila Amzah itu turut menulis sepotong kapsyen pada bahagian bawah gambar berkenaan.
Kapsyen tersebut berbunyi: “Mujur dah besar tak jadi minah rempit,” tulisnya sambil meletakkan dua emoji.
Rentetan daripada isu pertelagahan anak beranak antara Fauziah, Shila, Syada dan anak lelakinya, Shafiq, bekas isteri ND Lala itu kini mengehadkan ruangan komen di Instagram miliknya.
Bagaimanapun, menerusi tinjauan Gempak, Fauziah masih lagi mengikuti akaun Shila Amzah dan menantunya, Ubai di platform media sosial berkenaan.