Viral
Muka Dihina Macam Alien, Lelaki Henyak & Ludah Wanita Ini!
“Kerana mulut, badan binasa,” itulah peribahasa sesuai untuk menggambarkan situasi seorang wanita yang dipukul dan diludahi akibat menghina rupa paras seorang lelaki.
Kutuk Muka Macam Alien
Menerusi video berdurasi 30 saat yang tular di media sosial, kejadian yang berlaku di Indonesia itu memaparkan wanita berkenaan teruk dibelasah selepas didakwa menyamakan wajah lelaki tersebut dengan makhluk asing (alien).
“Macam alien yang datang,” demikianlah kata-kata yang dihembuskan oleh wanita itu.
Tidak mampu menahan perasaan marah, lelaki itu didapati menyerang dan menampar wanita tersebut di bahagian muka sebanyak beberapa kali.
Dah la kena belasah pastu siap pakej kena ludah kat muka lagi. Tu la mulut laser sangat nak mengutuk orang pic.twitter.com/PHx4gh0l95
— MALAYSIA MOST VIRAL (@MALAYSIAVIRALLL) April 8, 2024
Si Pelaku Ditahan
Ekoran penularan klip video pendek berikut, Ketua Polis Kendari, Aris Tri Yunarko, memaklumkan lelaki yang terlibat di dalam video tular itu telah pun ditahan dan dibawa ke Balai Polis Kendari pada 7 April lalu.
Aris juga memberitahu kejadian itu berlaku di sebuah restoran makanan segera di Kendari, Sulawesi Utara pada Jumaat.
Sebelum ini, posting tular itu meraih perhatian ramai warganet di mana rata-ratanya memihak kepada si pelaku kerana beranggapan bahawa perbuatan face shaming (menghina wajah) adalah sesuatu yang tidak wajar.
Antara komen yang diterima:
“Itu lah, mulut laser sangat nak kutuk orang,”
“Jangan bagi alasan perempuan. Kalau mulut dah b*ngsat memang patut kena,”
“Memang patut kena, mulut lancang sangat,”
“Akibat mulut, muka binasa!”
Sekadar info, sehingga sekarang masih lagi tidak dapat dipastikan tentang punca yang mencetuskan perbalahan antara kedua belah pihak.
BERITA TRENDING: Artis Veteran Ditahan, Pukul Abang Ipar Guna Batang Besi
BERITA TRENDING: Pukul & Curang Dengan Isteri, Lelaki Ini Teruk Dihencap Netizen
Sumber: Platform X/Tribunnews