Viral
“Mungkin Boleh Bagi Kesedaran Dalam Bentuk Lain”- Anggap Content Caprice Mengaibkan, Datuk Seri Vida Beri Teguran
Usahawan sensasi, Datuk Seri Vida memberi teguran secara terbuka terhadap Caprice berikutan konten yang dimuat naik pempengaruh itu olehnya sejak baru-baru ini.
Anggap Caprice Sebagai Adik
Menerusi entri yang dikongsi di Instagram, Vida atau nama sebenarnya Hasmiza Othman berkata, posting yang dibuat olehnya itu bertujuan untuk memberi nasihat dan teguran buat Caprice yang dianggap seperti adik dan rakan dalam industri perniagaan.
"Asalnya nak bagi kesedaran dah jadi banyak ke arah benda yang mengaibkan...
“Assalamualaikum, video ini saya tujukan kepada Caprice. Saya bukan nak kejutkan harimau yang sedang tidur ke apa.
“Tapi hati saya terpanggil nak beritahu pasal posting Caprice yang viral daripada asalnya nak bagi kesedaran dah jadi banyak ke arah benda yang mengaibkan,” ujarnya.
Menurut Vida, dia merasakan kandungan yang dikongsikan oleh penyanyi rap itu lebih ke arah mengaibkan berbanding memberi kesedaran.
“Dulu bila saya nak tengok isu viral, saya tengok Instagram Caprice. Kita dapat info. Tapi kalau dah benda berlarutan, contohnya abang bas, daripada satu posting jadi dua dan tiga, jadi banyak mengaibkan.
“Tiap-tiap hari saya tengok duduk up. Dah jadi annoying dan mengaibkan. Dia (Abang Bas) pun dah kena tindakan apa semua. Dah kena jamin. Mungkin Caprice boleh bagi kesedaran dalam bentuk lain pula pasal pedofil atau yang lain.
“Jadi saya ni sebenarnya berat hati nak cakap, tapi saya terpaksa. Caprice seorang yang baik yang saya kenal lama dah. Pernah belanja saya makan dan saya hormat Caprice. Sentiasa mengikuti Caprice dari dulu lagi,” katanya.
Mengulas lanjut, konten yang dilakukan oleh Caprice itu dianggao telah menyebabkan dia kehilangan ramai pengikut di media sosial.
BERITA TRENDING: Datuk Seri Vida Menangis Tengok Video ‘Abang Bas' Peluk Ibu - “Saya Pun Tak Tahu Apa Maksud ‘Crush’..”
BERITA TRENDING: Kongsi Video Berhijab, Netizen Doa Cik B Terbuka Hati Tutup Aurat - "Semoga Istiqamah"
BERITA TRENDING: “Tak Ada Perasaan Rindu… Trauma Dengan Dia” - Cik B
BERITA TRENDING: Cik B Dedah Asal Usul Panggilan, Trauma Dengan Nama Penuh - “Orang Tak Panggil Nama Sebenar Saya Sebab…”
“Saya tak ada kepentingan apa-apa, saya tak kenal abang bas itu siapa. Caprice saya lebih kenal seorang yang baik dan loving.
“Sayang pada Caprice kalau Caprice nak dengar. Tiada maksud apa-apa atau nak mengeji. Saya follow dari 2.2 juta, lepas Caprice buat isu viral tinggal pengikut dah 1.4 juta.
“Sayang benda macam ini walaupun dapat vibe viral tapi pengikut ke mana? Nasihat jujur dan ikhlas setelah saya solat subuh, mengaji dan istikarah. Saya nampak benda ini kena suarakan. Saya minta maaf banyak-banyak. Bila dah cakap ni dah lepas,” jelasnya.