Viral

“Tak Ada Perasaan Rindu… Trauma Dengan Dia” - Cik B

gempak
Asyikin Mayudin
02/07/2024
06:55 MYT
Sponsor Banner
“Tak Ada Perasaan Rindu… Trauma Dengan Dia” - Cik B
Anak kepada usahawan sensasi Datuk Seri Vida iaitu Cik B menganggap ibunya adalah segalanya termasuklah memegang tanggungjawab sebagai seorang bapa dalam keluarga mereka.

Anggap Ibu Segalanya

Bukan itu sahaja, Cik B juga melihat ibunya itu sebagai seorang kakak dan sahabat baiknya.

“Mama ini, dia pegang tanggungjawab sebagai ayah dalam keluarga saya… jadi mama ini adalah saya punya ayah, emak, kakak, bestie.

“Memang saya anggap emak saya semua la. Termasuklah sebagai ayah saya,” kata Cik B ketika menjadi tetamu dalam sebuah podcast.

Tak Bersama Bapa Sejak Kecil

Ketika ditanya mengenai bapa kandungnya, Cik B mengakui lelaki itu beberapa kali mencuba untuk menghubunginya menerusi mesej di Instagram.

ARTIKEL BERKAITAN: Cik B Dedah Asal Usul Panggilan, Trauma Dengan Nama Penuh - “Orang Tak Panggil Nama Sebenar Saya Sebab…”

ARTIKEL BERKAITAN: Cik B Beri Nasihat Pentingkan Pelajaran - “Bukan Semua Orang Boleh Jadi Influencer, So Study!”

“Saya tak bersama ayah sejak kecil lagi, daripada dua ke tiga tahun macam itu. Jumpa dia pun macam meminta…
“Tak berhubung, dia ada DM saya di Instagram tapi saya rasa macam orang-orang akan cakap, dia tetap ayah kita, ya betul dia tetap ayah kita,” ujarnya.
“Tapi tak ada perbualan antara kami… waktu besar baru dia cari,” katanya lagi.
Pada perkongsian yang sama, Cik B juga mendedahkan dia tidak mempunyai perasaan rindu malah sebaliknya trauma dengan bapanya dan lelaki.
“Saya rasa biasa saja macam itu, tak ada perasaan rindu semua. Trauma dengan dia… trauma dengan lelaki,” ujar Cik B lagi.

ARTIKEL BERKAITAN: “Kadang Lupa Dia Perempuan, Sumpah Comel!” - Ramai Terpegun, Netizen Setuju Trend Asoka Cik B Paling Menang!

​ARTIKEL BERKAITAN: Ramai Hairan Cik B Mampu Beli Kereta Mahal, Netizen Kirakan Untung Kasar Jualan Salmon Skin

ARTIKEL BERKAITAN: Vida Belanja Tiket Penerbangan RM40,000 Untuk Kacak - “Tak Ada Membazir, Mama Nak Kita Duduk Bersama”

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live