Laman Utama
"Mungkin Saya Dah Tak Diperlukan Lagi" - Johan As'ari Tak Ambil Hati, Musykil Stesen TV Reject Mentah-Mentah
Lima tahun menyepi daripada industri seni, pelakon Johan As'ari akui keliru apabila namanya kerap kali ditolak oleh stesen televisyen tempatan.
Jelas Johan, biarpun kebanyakan stesen televisyen bertukar tampuk kepimpinan, penolakan namanya daripada terbabit dalam sebarang naskhah drama atau telefilem menemui jawapan buntu.
"Saya sedia maklum, orang dalam stesen televisyen pun bertukar ganti. Ada stesyen televisyen pun kerap tolak nama saya.
"Siapalah saya... Saya memang selalu dimaklumkan oleh pengurus saya. Tapi saya tak sedih pun, mungkin saya tak diperlukan lagi oleh stesen tv kot. Jadi nama saya ditolak.
"Tapi masih ada produser yang berkongsi rezeki dan memanggil saya untuk berlakon filem. Saya tak pernah ambil hati cuma sedar diri saya bukan siapa-siapa dah...
"Lima tahun saya bersama stesen tv itu, macam goreng pisang panas. Lima tahun saya korbankan masa keluarga untuk stesen tersebut. Tapi saya dapat berita stesen itu tolak nama saya bulat-bulat. Masa saya dah tamat... Tak apalah
"Saya okey, kita berkongsi rezeki. Shooting pun masih berterusan tak pernah putus. Cuma kenapa kena tolak?" katanya.
Johan ditemui pada Majlis Amal Maghfirah di Bangi Avenue Convention Centre, Bangi, baru-baru ini.
Untuk rekod, kali terakhir Johan muncul menerusi drama Jurnal Suraya bergandingan dengan Nad Zainal sekitar November 2017.
Bagaimanapun, Johan tidak menganggap jumlah pengikut di media sosial menjadi faktor namanya dijadikan pilihan kedua stesen televisyen.
"Saya dah establish dari tahun 2011, rasanya tak perlu kukuhkan followers untuk dapat job. Mungkin itu untuk pelakon baharu yang belum ada nama.
"Saya doakan yang baik-baik dan percaya rezeki itu ada di mana-mana," ujarnya.