“My Middle Name Is Your Karma & Pesanan Awak Sudah Dihantar” - Sarah Yasmine Puas Hati Ruhainies Terima Balasan?
Wanita asal dari Singapura yang dikenali sebagai Sarah Yasmine tampil mengulas mengenai tindakan pelakon Ruhainies yang berkongsi petikan berhubung sikap individu berniat jahat dan ingin menjatuhkan orang lain.
Hantaran Ditujukan Kepada Sarah
Sarah menerusi hantaran di Instagram mendakwa perkongsian tersebut secara tidak langsung ditujukan kepada dirinya.
ARTIKEL BERKAITAN: Terima DM Dihina Seperti Haiwan, Ibu Aliff Aziz Tak Melenting - "Teruskanlah Jika Ini Membuat Anda Bahagia"
ARTIKEL BERKAITAN: Aliff Aziz Rujuk Watak Don Massimo Dalam 365 Days Untuk Drama Bersama Ruhainies
Bagaimanapun, Sarah menegaskan bahawa Ruhainies tidak mengenali dirinya yang sebenar.
"Ramai yang foward artikel ini kepada saya dan tanya pandangan saya tentang perkara ini. Jadi biar saya jawab.
"Doa seseorang boleh dijawab dalam pelbagai cara dan amat sedih untuk awak Ruhainies kerana awak mendoakan untuk saya.
"Apa yang awak cakap tentang saya dan mengenai diri saya secara tidak langsung, awak sebenarnya tidak mengenali saya.
"Kepada sesiapa yang kenal saya pasti tahu saya bukan orang yang berselindung jika tidak menyukai seseorang. Saya jenis yang terbuka,” katanya yang memuat naik video.
Layak Terima Balasan
Pada perkongsian sama, Sarah berkata Ruhainies layak menerima balasan setimpal sebagai karma atas apa yang pernah dia lakukan sebelum ini.
"Awak patut tahu yang saya tidak sama seperti awak dan awak patut tahu saya tidak suka awak.
"Yang kedua tentang saya, saya tidak fake macam awak. A revenge is always a dish best served food (membalas dendam adalah hidangan terbaik).
"So my ding dong bi**h, my middle name is your karma dan pesanan awak sudah dihantar,” katanya lagi.
ARTIKEL BERKAITAN: Berlatar Belakang Kisah Cinta Terlarang, Drama Baharu Aliff Aziz & Ruhainies Ditayangkan Jumaat Ini
ARTIKEL BERKAITAN: “Kesian Sebab Mereka Bersungguh Menulis Maki Hamun, Pasti Penat Kan” - Ibu Aliff Aziz